SHANGHAI, 11 September 2017 /PRNewswire/ -- Prolight + Sound Shanghai, pameran terkemuka bagi industri hiburan dan acara Asia, akan kembali dengan kawasan 45,000 kaki meter persegi dalam empat dewan yang lebih luas. Diadakan dari 11 - 14 Oktober 2017 di Pusat Ekspo Baharu Shanghai, edisi ke15 ini akan membawakan zon produk baharu dan acara berorientasikan teknologi yang mengetengahkan kepakaran canggih daripada seluruh industri hiburan.
Kurang daripada dua bulan sebelum pembukaannya, pameran ini sudah mendapat sokongan meluas daripada beberapa nama besar industri. Syarikat dan jenama yang mengambil bahagian termasuk: Audio-technica, AV Link, AVID, BBS, Beta-3, Concord, DGX, DPA, Eastern Edison, Fidek, Funktion-One, GLP, Great Wall, Harman, HDTZ, KV2 Audio, LD Systems, Maquinas Iberica, Midas, Neutrik, Next-Pro audio, Phonic, Plustruss, Restmoment, SAE, SE Audiotechnik, Soundking, Superlux, Takstar, Tonwel, TW Audio, Voice-Acoustic, VUE, Yamaha dan Zsound. Pendatang baharu edisi kali ini termasuk: Digisynthetic, EM acoustics, ENEWAVE, Lavoce, LYNX, Riedel dan Show Tex.
Untuk menampung permintaan industri yang sentiasa berubah, pameran ini akan memperkenalkan dua zon baharu pada tahun ini bagi penyelesaian hiburan AV dan peralatan mesin pentas. Zon Rakaman dan Produksi juga akan diperluas untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat tinggi dalam sektor rakaman.
Zon Rakaman dan Produksi (Dewan N1)
Tahun ini, peluasan kawasan akan menampilkan lebih banyak jenama terkemuka antarabangsa, selain program pinggiran yang komprehensif yang menyasarkan untuk meningkatkan inovasi industri.
Zon Penyelesaian Hiburan AV (Dewan N2)
"Zon Penyelesaian Hiburan AV" baharu akan mempamerkan rangkaian penyelesaian hiburan yang pelbagai dengan kios KTV, teater mini, pelayar karaoke, fon kepala, pembesar suara dan mikrofon. Teknologi canggih dalam realiti maya (VR), realiti imbuhan (AR) dan tempat duduk bergerak 4D juga bakal digunakan untuk mencipta pengalaman sinematik kepada para hadirin.
Zon Peralatan Mesin Pentas (Dewan N4)
Untuk mempromosikan penggunaan produk pentas yang lebih baik dan lebih dipercayai, Zon Peralatan Mesin Pentas bakal dilancarkan bagi menempatkan lebih 20 jenama peralatan pentas yang mengkhusus dalam kekuda, takal elektrik, tirai dan lif.
Ketika acara empat hari ini berlangsung, satu siri acara pinggiran yang menginspirasikan diadakan untuk memberikan maklumat kepada para hadirin tentang pasaran hiburan:
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.prolightsound.com
Hubungan media: Vicky Fu
+86-21-6295-3191
fuhaiqiang@shanghai-intex.com