omniture

UST Global Malaysia Rasmi Kemudahan Baharu Di Pulau Pinang, Malaysia

UST Global
2017-09-11 11:22 482

PULAU PINANG, Malaysia, 11 September 2017 /PRNewswire/ --

UST Global Malaysia Berhasrat Tingkatkan Tumpuan Pasaran APAC Syarikat

UST Global, sebuah syarikat perkhidmatan teknologi digital terkemuka, hari ini mengumumkan pembukaan sebuah kemudahan baharu di Pulau Pinang, Malaysia. Kemudahan ini bakal menjadi pusat UST Global kedua di Pulau Pinang.

generated by system

Mengulas tentang kemudahan baharu ini, Amar Chhajer, Ketua Negara Malaysia, UST Global, berkata, "Kami komited terhadap pembangunan, pengurusan dan perekrutan bakat yang inovatif di Pulau Pinang dan kini berusaha menggaji 1,000 kakitangan tambahan bagi tempoh 3 tahun akan datang. Kemudahan baharu kami akan memenuhi keperluan pelanggan kami menerusi perkhidmatan khusus dan penyelesaian tersuai serta membolehkan kami membawakan keupayaan berkualiti tinggi yang terbaik dalam kategori untuk pelanggan kami. Matlamat kami dalam usaha peluasan ini adalah untuk mewujudkan tempat kerja yang bukan sekadar melibatkan pekerja, tetapi turut membantu meningkatkan kecekapan operasi firma."

Pembukaan pusat baharu ini memperluas kehadiran UST Global di Malaysia dan rantau Asia Pasifik dengan ketara. Syarikat sentiasa menunjukkan kecemerlang dalam pengalaman kakitangan dan pembinaan hubungan pelanggan memandangkan UST Global percaya bukan sahaja dalam penyediaan penyelesaian pintar, bahkan turut penjalinan hubungan erat bersama rakan-rakan sekutu. Kemudahan baharu ini terletak di lokasi strategik untuk syarikat-syarikat IT dan kejuruteraan di Pulau Pinang.

Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, berserta pegawai-pegawai kanan daripada Persatuan-persatuan Industri seperti InvestPenang, CREST, MDEC dan MIDA, turut hadir dalam majlis perasmian yang berlangsung semalam. Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyampaikan ucapan perasmian.

Latar Belakang UST Global 

UST Global® ialah sebuah syarikat perkhidmatan teknologi digital yang pantas berkembang, menyediakan perkhidmatan pengkomputeran dan digital termaju untuk syarikat-syarikat swasta dan awam yang besar di seluruh dunia. Didorong oleh matlamat yang lebih besar untuk 'Mengubah Kehidupan' dan falsafah 'sedikit pelanggan, lebih tumpuan', kami membawakan semangat keusahawanan yang mencari laluan paling pantas untuk mencapai nilai dalam ekonomi digital masa kini. Perkhidmatan teknologi kami yang inovatif dan program-program sosial rintis menjadikan kami unik. Ibu pejabat UST Global terletak di Aliso Viejo, California dan beroperasi di 21 negara. Pelanggan-pelanggan kami terdiri daripada syarikat-syarikat Fortune 500 dalam Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan, Penjagaan Kesihatan, Insurans, Peruncitan, Teknologi Tinggi, Pengilangan, Penghantaran dan Telekomunikasi. UST Global percaya dalam pembinaan hubungan perniagaan yang berpanjangan dan strategik melalui model-model penglibatan global yang tangkas serta berfokus pelanggan yang menggabungkan pakar-pakar tempatan dan sumber-sumber dengan kelebihan kos, skala dan kualiti dalam operasi-operasi global.

Maklumat Perhubungan Media:
Manoj M Mani
Manoj.Mattamana@ust-global.com
+91-9632000553

Perhubungan Media
Media.Relations@ust-global.com

Source: UST Global
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Corporate Expansion