omniture

UnionPay International Mulakan Program Tawaran Istimewa sempena Cuti Hari Kebangsaan

UnionPay International
2017-09-11 18:41 538

SHANGHAI, 11 September 2017 /PRNewswire/ -- Cuti Hari Kebangsaan dan Festival Pertengahan Musim Luruh bertindih tahun ini, memberikan Minggu Emas selama 8 hari yang cukup panjang, membawa kepada puncak perjalanan luar negara. Hari ini UnionPay International mengumumkan hasrat untuk memulakan satu Program Tawaran Istimewa sempena Cuti Hari Kebangsaan, menawarkan diskaun eksklusif dan keistimewaan di 33 destinasi pelancongan terkenal merentasi 11 negara dan wilayah.

Program bermula pada pertengahan September hingga pertengahan Oktober. Destinasi-destinasi terpilih melibatkan tempat-tempat yang berdekatan seperti Hong Kong, Macau, Jepun dan Asia Tenggara, serta tempat-tempat yang jauh seperti Eropah, AS dan Australia, memberi manfaat kepada kebanyakan pelancong Cina yang melancong ke luar.

Pengalaman Pembayaran Lebih Baik di Destinasi Jarak Jauh

Data daripada OTA utama di China menunjukkan pelancong luar bagi Cuti Hari Kebangsaan akan datang amat berkemungkinan meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu, dan pelancong turut merancang perjalanan yang lebih lama, daripada 8 hingga 10 hari berjalan bersiar-siar, kepada 10 hingga 14 hari lawatan yang menyeluruh.

Di destinasi-destinasi popular, UnionPay tersedia bukan sekadar melalui peniaga-peniaga berkaitan pelancongan, tetapi juga di restoran, pasar raya, stesen minyak, panggung wayang, pengangkutan awam dan juga tempat hiburan. Dengan hanya menggunakan kad debit UnionPay dan kad kredit UnionPay, para pemegang kad boleh membuat pembayaran luar negara dengan lancar.

Di Eropah, AS dan Australia, UnionPay bukan sahaja "tersedia", tetapi "lebih disukai". Di Eropah, UnionPay boleh didapati dalam separuh daripada kesemua peniaga yang menerima kad bank; kira-kira 50% peniaga di Australia menerima QuickPass mudah alih UnionPay; dan hampir semua ATM di AS menerima kad-kad UnionPay manakala 80% daripada peniaga tempatan menerima kad kredit UnionPay.

Pelbagai dan Banyak Tawaran Barangan

Sebanyak dua ratus peniaga yang terkenal menawarkan diskaun eksklusif sehingga 40% untuk para pemegang kad UnionPay. Peniaga-peniaga ini terdiri daripada pelbagai kategori: selain membeli belah, katering dan penginapan, terdapat juga sewa kereta, chateau, muzium dan akuarium.

Para pemegang kad boleh menikmati diskaun atau keistimewaan apabila membeli belah di Macy's di AS atau La Rinascente di Itali, atau membeli tiket-tiket Hong Kong Ocean Park, Sydney Tower Eye dan Menara Merlion Singapura, atau menjamu selera di restoran-restoran berbintang Michelin seperti Guy Savoy di Paris dan Pierre Gagnaire di Tokyo mahupun menyewa kereta di Budget, Thailand serta Hertz di AS.

Selain itu, selepas membeli belah melalui lebih 300,000 peniaga bayaran balik cukai di 38 negara dan wilayah, para pemegang kad berpeluang menuntut bayaran balik cukai dengan kad-kad UnionPay. Apabila mengalami keadaan kecemasan, seperti kehilangan atau kecurian kad, anda boleh memohon bantuan tunai yang dihadkan pada nilai bersamaan dengan USD 5,000.

 

 

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Travel New products/services