omniture

YSC Umum Pemimpin Baharu Potensi Kepimpinan

YSC Consulting
2017-09-11 20:01 505

NEW YORK, 11 September 2017 /PRNewswire/ --

YSC hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Global baharu bagi Potensi Kepimpinan. Carly Lund akan mengambil peranan baharu dengan serta merta daripada jawatan Pengurus Perunding di YSC.

Melapor kepada Rob Morris, Ketua Inovasi, Carly akan bertanggungjawab untuk mengembangkan potensi proposisi kepimpinan firma dan meningkatkan penawarannya kepada pelanggan baharu dan sedia ada. Beliau akan bekerja erat dengan para pelanggan untuk membangunkan peralatan dan cara penyampaian baharu (termasuk digital) dan mengesahkan keputusan.

Pelantikan ini menandakan fokus yang lebih kukuh/dipertingkat ke atas kepimpinan bagi YSC, dengan keutamaan kepada model potensi JDI, sambil terus membangunkan reputasinya untuk menyokong pelanggan dalam menyerlahkan kekuatan kakitangan mereka.

Model potensi YSC membantu organisasi mengenal pasti dan membangunkan pekerja yang berpotensi tinggi dan model ini telah dibangunkan dan ditambah baik sepanjang 20 tahun menggunakan penyelidikan dan penilaian psikologi terkemuka dengan lebih 20,000 eksekutif.

Sebelum ini Carly bekerja di firma rundingan lain di mana beliau merupakan Pengarah Pembangunan Penyampaian dan Perkhidmatan dalam pasukan Perkhidmatan Profesional Global. Beliau telah bekerjasama dengan para pelanggan global pelbagai sektor termasuk kewangan, peruncitan, perkhidmatan profesional, telekomunikasi dan kerajaan.

Mengulas tentang pelantikan baharu itu, Rob Morris berkata: "Carly membawakan pengalaman bernilai untuk mewujudkan penyelesaian pelanggan baharu berskala dunia dan akan menjadi aset kepada pasukan inovasi dan rakan kongsi kami. Pengetahuan beliau dalam membangunkan penyelesaian berinovatif, fokus pelanggan, dan pengalaman antarabangsa yang mendalam merupakan sesuatu yang amat berharga tatkala kami berinovasi dan meningkatkan kehadiran kami di seluruh dunia."

Carly mempunyai Sarjana Muda Sains dalam Psikologi daripada University of Kent dan Sarjana Sains dalam Psikologi Pekerjaan daripada London Metropolitan University. Beliau adalah Pakar Psikologi Pekerjaan dengan pengkhususan dalam penilaian dan pembangunan.

LATAR BELAKANG YSC CONSULTING

YSC adalah sebuah firma perunding kepimpinan global yang bekerjasama dengan organisasi-organisasi untuk membantu mereka menjangka, menangani dan menyelesai keperluan kepimpinan melalui kaedah yang berasaskan sains tingkah laku dan pragmatisme komersil.

Ditubuhkan dalam tahun 1990, syarikat ini terdiri daripada lebih 100 perunding dengan latar belakang psikologi dan sains tingkah laku yang beroperasi daripada 20 buah pejabat.

Laura Hine
Pengurus Pemasaran
+44(0)2075205555
laura.hine@ysc.com

Source: YSC Consulting
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements