DUBAI, UAE, 11 September 2017 /PRNewswire/ --
Kleindienst Group hari ini melancarkan The Floating Venice, resort kapal layar mewah dalam air pertama dunia di Cityscape Dubai. Bernilai 2.5 bilion AED (680 juta USD), The Floating Venice akan ditempatkan di kepulauan The World, 4 km di luar pesisir Dubai dan akan membawakan pengalaman Venice sebenar ke Timur Tengah.
Resort terapung yang unik ini mempunyai kapasiti sehingga 3,000 tetamu setiap hari, dengan penginapan, restoran dan rekreasi dibahagikan kepada 4 dek, salah satunya berada di dalam air. Para tetamu akan tiba dengan bot, pesawat laut atau helikopter ke Piazza San Marco utama di mana mereka boleh mendaftar masuk di lobi dalam air. Gondola yang diimport dari Venica akan mengangkut para tetamu ke kabin mereka melalui terusan yang berliku-liku, atau berjalan melalui laluan pejalan kaki di tepi terusan dan jambatan akan membawa mereka ke kabin.
Terdapat 414 rangkaian kabin tempahan khas yang tersusun di 4 dek, salah satunya berada di dalam air untuk memberikan pemandangan terumbu karang yang menakjubkan di bahagian bawah dan gondola yang melintas di bahagian atas. Banyak butik elegan, tempat hospitaliti, dan kedai-kedai tradisional artisan akan menghidupkan pengalaman Venice. Di sepanjang tahun, The Floating Venice akan meraikan kebudayaan dan kesenian, di mana pesta-pesta tradisional seperti Carnivale di Venezia, Binnale di Venezia dan Festa del Rendentore akan memeriahkan pusat peranginan ini dengan budaya dan warisan Venice.
"Sebagai pemaju, visi kami menyokong dan selaras dengan cita-cita Dubai untuk menjadi destinasi dan kediaman berinovasi terkemuka dunia sebagai bandar yang paling berwawasan masa depan. Saya benar-benar teruja dan bangga dengan The Floating Venice. Matlamat kami adalah untuk menukar landskap harta tanah dan hospitaliti dan menyediakan pengalaman ikonik baharu. The Floating Venice adalah lambang inovasi dan semangat, resort kapal layar mewah bawah air pertama dunia," – Josef Kleindienst, Pengerusi.
The Floating Venice menawarkan pengalaman yang tiada tandingan kepada para tetamu di mana mereka boleh berehat di beberapa kolam renang, sebilangannya mempunyai bes akrilik yang memberikan pemandangan terumbu karang yang menarik di bawah. Lebih daripada 400,000 kaki persegi karang dari tapak semaian kami sendiri akan ditanam di sekeliling The Floating Venice yang akan menggalakkan perkembangan hidupan laut. Pantai-pantai terapung unik tersedia dengan berlatar belakangkan langit Dubai yang menakjubkan di kebanyakan tempat di seluruh The Floating Venice.
Koleksi 12 buah restoran dan bar menawarkan pelbagai hiburan, 3 daripadanya berada dalam air untuk memberikan pemandangan hidupan laut yang menakjubkan. Sebagai alternatif, spa terapung bawah air pertama dunia menanti untuk memanjakan para tetamu.
The Floating Venice dijangka menjadi keajaiban moden baharu dan destinasi ikonik terkini bagi Dubai. Reka bentuknya meniru bandar purba dengan muka bangunan yang elegan dan istana yang indah, inspirasi kepada interpretasi moden dan perkembangan semulajadi Venice, sebuah destinasi mewah yang tiada tandingan.
The Floating Venice menjadi kenyataan melalui teknologi baharu yang dibangunkan untuk mewujudkan The Floating Seahorse. Dibina daripada campuran konkrit untuk bahagian bawah air dan bahan ringan marin bagi dek atas, The Floating Venice dijamin akan mempunyai jangka hayat sekurang-kurangnya 100 tahun. Pembinaan dijangka bermula pada suku pertama 2018 dan siap menjelang suku keempat 2020.
Kleindienst adalah pemaju pulau-pulau The Heart of Europe dan The Floating Seahorse, pengalaman hidup mewah dalam air pertama dunia, yang terletak di Laut Arab, 4 km dari pantai Dubai. Maklumat lanjut tentang projek baharu boleh didapati di http://www.thefloatingvenice.com
Hubungi: Steven MacEwan – Pengurus Hubungan Awam & Komunikasi, Kleindienst, Tel: +971-429-8704, media@kleindienst.ae