omniture

Borgward Tembus Pasaran Jerman Tahun Ini

BORGWARD Group AG
2017-09-13 17:53 564

FRANKFURT, Jerman, 13 September 2017 /PRNewswire/ --

  • Pendapatan meningkat melebihi EUR1.5 bilion dalam tempoh setahun
  • Hampir 70,000 tempahan kenderaan diterima di China
  • Perkongsian dengan Sixt Neuwagen
  • Pameran perdana dunia Konsep ISABELLA di pameran motor IAA

Pembuat kereta yang berpangkalan di Stuttgart, Borgward rancang untuk tembusi pasaran Jerman menjelang akhir tahun ini. "Kami gembira kerana selepas menempah kejayaan di China dan negara-negara lain, kami kini boleh menembusi pasaran Jerman," kata Ulrich Walker, Ketua Pegawai Eksekutif Borgward Group AG di Pameran Motor Antarabangsa (IAA) di Frankfurt pada hari Selasa. Unit pertama Edisi Terhad Borgward BX7 TS dijangka akan dijual kepada pelanggan pada suku keempat.

generated by system

generated by system

Edisi terhad Borgward BX7 TS dan kemudiannya, BX7 serta BX5 dan BX6 pada permulaannya akan diperkenalkan di Eropah dengan enjin berkuasa petrol. Kemudiannya, akan diikuti oleh model-model selanjutnya yang sedang dalam pembangunan. "Oleh kerana terdapat permintaan pelanggan yang berterusan dan untuk meningkatkan kebolehlihatan jenama dan produk kami, kami telah memutuskan untuk menembusi pasaran bermula dengan BX7 dan BX5 versi tenaga petrol," kata Walker. "Bagaimanapun, ia tetap menjadi matlamat kami untuk menjual kenderaan elektrik sebaik sahaja pengeluaran bermula di Bremen." Di IAA dua tahun yang lalu, Borgward mengumumkan bahawa mereka akan menembusi pasaran Jerman dalam tempoh dua tahun akan datang. "Kami menepati janji kami," tambah Walker.

Kumpulan yang berpusat di Stuttgart ini juga menuju ke arah yang inovatif dari segi jualan dan perkhidmatan. Borgward dan A.T.U. kini sedang mengkaji konsep untuk kerjasama perkhidmatan inovatif. Selain itu, Sixt Neuwagen, platform utama Jerman bagi pengedaran kereta baharu dalam talian, akan menjadi pengedar dalam talian pertama Borgward di Jerman. "Kerjasama dengan Sixt Neuwagen sejajar dengan idea kami berkaitan pengedaran moden yang memberi tumpuan kepada khidmat pelanggan dan kepuasan pelanggan," kata Tom Anliker, Naib Presiden Kumpulan Pemasaran, Jualan & Perkhidmatan Borgward Group AG.

Pembuat kereta yang berpangkalan di Stuttgart ini mempunyai lebih daripada 5,000 pekerja. Ia telah mencapai sasaran perniagaannya sehingga kini, termasuk pendapatan melebihi € 1.5 bilion dalam tempoh dua belas bulan yang lalu. Menurut Walker, keputusan ini adalah sejajar dengan jangkaan. Selain itu, Borgward merancang untuk mengaut keuntungan sepanjang jangka sederhana. "Perniagaan kami dalam keadaan yang stabil walaupun terdapat kos permulaan yang tinggi, antara lain, untuk pembangunan model baharu dan pengembangan kemudahan kami di China." Syarikat ini telah menerima hampir 70,000 tempahan kenderaan di China sejak ia melancarkan Borgward BX7 dan BX5 di negara ini. Borgward menjangka akan memperoleh peningkatan daripada kemasukan pasaran di Timur Tengah, Amerika Selatan, dan Eropah serta daripada pelancaran model baharu seperti kereta coupe sukan BX6 dan varian BX7 dan BX5.

Di IAA, Borgward juga memperkenalkan konsep ISABELLA. "Konsep ISABELLA ialah tafsiran moden Borgward ISABELLA yang legenda dan cantik," kata Anders Warming, Ahli Lembaga Pengurusan dan Ketua Pegawai Rekabentuk Borgward Group AG. Antara ciri-ciri cemerlang Konsep ISABELLA Borgward ialah reka bentuknya yang menarik, konsep dalaman dan pengendalian revolusioner, ketersambungan digital, dan elektrifikasi rangkaian pemacu kereta.

Walau bagaimanapun, Konsep ISABELLA ini bukan sekadar visi konsep kenderaan masa hadapan. Penjelmaan semula ISABELLA legenda dari tahun 1950-an juga merangkumi fokus masa hadapan keseluruhan syarikat Borgward berkaitan dengan reka bentuk DNA dan teknologi pemanduan. Gaya reka bentuk dengan konsep empat pintu, empat tempat duduk kereta coupe adalah berdasarkan prinsip reka bentuk Borgward " Impression of Flow," yang akan berlaku bagi semua kenderaan pada masa akan datang. Warming berkata, "Bentuk badan yang diselaraskan dengan hati-hati dengan peralihan yang lancar mencipta keseimbangan sempurna antara bentuk organik bulat dan garis yang tepat. Tujuan kami adalah untuk mewujudkan sinergi gaya antara kecantikan dan teknologi."

Konsep ISABELLA Borgward mengagumkan dengan dimensinya yang sempurna (kepanjangan 5.00 meter, ketinggian 1.40 meter, dan kelebaran 1.92 meter) dan keindahan bentuk tiga dimensi dan ukiran mengalir, yang lancar dihubungkan dengan unsur teknikal dan fungsi seperti salur masuk penyejuk udara dan komponen aerodinamik. Walau bagaimanapun, semua ini dilakukan tanpa sebarang pendaman agresif. Warming yakin bahawa pendaman sedemikian tidak dapat diterima dalam kereta coupe elektrik sepenuhnya: "Kecemerlangan dan kecekapan aerodinamik memainkan peranan penting dalam kenderaan ini dan menentukan aliran bentuknya," kata beliau. "Kami yakin bahawa badan kenderaan yang mana udara mengalir di dalam dan seluruhnya dengan cara yang sempurna semestinya memancarkan ketercapaian, daya tarikan, dan kewujudan yang menyerlah. Ini sejajar dengan 'Impression of Flow'- prinsip reka bentuk Borgward kami untuk mobiliti elektrik masa hadapan."

Rujukan silang: Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com )

Data untuk rangkaian model antarabangsa, kemungkinan deviasi khusus kepada negara, kenderaan tidak dapat dihantar ke Eropah/Jerman.

Marco Dalan
Ketua Komunikasi Global
Telefon +49-711-365101041 
E-mel: marco.dalan@borgward.com
www.borgward.com

Sumber: BORGWARD Group AG

Source: BORGWARD Group AG
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news