SYDNEY, 14 September 2017 /PRNewswire/ -- Mesin Pengorek ayunan ekor sifar 3.78tan SANY telah menempa kejayaan besar di Australia dan New Zealand selepas promosi dalam talian yang dilancarkan pada 15 Mei 2017. Prestasi, keandalan dan fleksibiliti yang luar biasa di tapak kerja yang sempit menarik perhatian syarikat perkhidmatan subpermukaan dalam pasaran tempatan.
"Saya mengkaji produk SANY dengan terperinci dan mendapati bahawa mesin ini berkualiti tinggi. Saya berpuas hati dengan prestasi dan berhasrat membeli lebih banyak model ini," kata Encik Buckley pemilik perkhidmatan subpermukaan di NSW Utara.
Mesin pengorek kompak SY35U dilengkapi dengan enjin tersuai Yanmar, yang memberikan kekuatan dan keandalan yang hebat dalam persekitaran kerja yang sukar. Sistem pengedaran aliran sensitif beban mengesan perubahan mikro beban dan menyesuaikan aliran dan tekanan dalam masa sebenar. Teras injap utama yang dioptimumkan menghasilkan sinergi yang sempurna antara penggerak dan kawalan yang tepat. Reka bentuk ayunan ekor sifar serta 'boom' yang boleh berpusing membolehkan mesin pengorek beroperasi di ruang kerja yang sempit malah juga di sudut dinding.
Mesin ini telah melepasi lebih 2,000 jam eksperimen medan penggalian dan 800,000 kali ujian lesu pada komponen utama. Selain itu, SY35U yang diiktiraf TOPS / FOPS memastikan keselamatan pengendali.
Latar Belakang SANY
SANY Group (SANY) adalah pengeluar jentera berat global terkemuka yang mempunyai kilang di Amerika Syarikat, Jerman, Brazil dan India, dan perniagaan yang merangkumi lebih daripada 100 negara dan wilayah di seluruh dunia. Syarikat ini telah diiktiraf sebagai salah satu syarikat yang paling inovatif dan berjaya di dunia, dan jentera konkritnya menduduki tempat ke-1 di peringkat global.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sanyglobal.com, atau ikuti SANY Group dalam Facebook dan YouTube.
Pegawai Hubungan: Lisa Li
Nombor Mudah Alih: +86-10-6073-7444
Emel: lixm20@sanygroup.cn