omniture

SweetRing: Dengan keinginan tinggi untuk gapai bahagia, wanita Malaysia ambil inisiatif hantar mesej kepada dua lelaki sehari secara purata

Wanita yang memiliki telefon Android lebih bersedia melakukannya berbanding rakan iPhone mereka
SweetRing
2017-09-14 10:33 460

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 September 2017 /PRNewswire/ -- Apa pandangan wanita bujang terhadap aplikasi janji temu? Menurut tinjauan oleh SweetRing yang dijalankan terhadap kalangan wanita Malaysia yang merupakan pengguna aplikasi janji temu mereka, didapati bahawa mereka yang mengambil inisiatif untuk menghantar pesanan ringkas atau bertanyakan soalan kepada rakan lelaki berada dalam kelompok usia 23-28 tahun, dan mereka cenderung menghantar pesanan ringkas kepada purata dua orang lelaki setiap hari, lebih rendah berbanding purata tiga orang lelaki di Taiwan atau empat orang lelaki di Hong Kong. Lapan puluh peratus pengguna telefon Android berkata mereka adalah dalam kalangan orang yang cuba mendekati lelaki secara proaktif, dan mereka lebih bersedia untuk berbuat demikian berbanding pengguna iPhone. Selain itu, wanita berpendapatan tahunan lebih tinggi didapati lebih bersedia mengambil inisiatif untuk mencari cinta.  

Apabila membandingkan profil wanita yang memberi maklum balas kepada tinjauan, SweetRing mendapati semakin tinggi pendapatan bulanan mereka, semakin mereka bersedia mengambil inisiatif untuk mencari pasangan yang sesuai. Wanita dengan gaji bulanan melebihi RM7,000 mengambil inisiatif untuk berbual sekurang-kurangnya dengan purata lima orang lelaki sehari manakala mereka yang berpendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM7,000 mengekalkan purata kepada tiga orang. Mereka yang bergaji antara RM3,000 hingga RM5,000, mempunyai purata yang lebih rendah, mengehadkan perbualan kepada satu atau dua lelaki sehari. Sebaliknya, mereka yang umumnya tidak pernah mengambil inisiatif hanya berpendapatan RM2,000 setiap bulan. Kesimpulannya, wanita yang boleh mengubah gaya pemikiran mereka dan mengamalkan sikap yang lebih positif dan optimis terhadap kehidupan lebih cenderung untuk berjaya bukan sahaja dalam lapangan cinta, tetapi juga di tempat kerja.

Source: SweetRing
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Survey, Polls & Research Women-related news