TAIPEI, Taiwan, 16 September 2017 /PRNewswire/ -- Hidangan masakan istimewa dan lanskap semula jadi Taiwan telah berkali-kali meraih pengiktirafan serta anugerah peringkat antarabangsa. Hasilnya, bilangan pelancong yang mengunjungi Taiwan meningkat saban tahun, ini pastinya menjadikan Taiwan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkemuka di dunia! Pemilihan hotel yang bagus seringkali menjadi suatu yang penting bagi menjamin perjalanan yang sempurna. Tanpa mengira apapun bentuk penginapan yang ideal, ciri keselamatan pastinya menjadi aspek pertimbangan yang paling penting. Para pelancong bukan sekadar perlu mencari penginapan yang sempurna, tetapi juga hotel yang selamat dan dikendalikan secara sah.
Para pelancong akan mempelajari dua langkah mudah bagi membantu mengenal pasti dengan pantas hotel yang dikendalikan secara sah daripada maklumat di bawah. Anda tidak perlu lagi bimbang tentang penginapan hotel semasa melancong, dengan perjalanan yang santai dan menyenangkan.
Langkah pertama: Bagi memilih hotel yang bagus, kunjungi TaiwanStay
Dengan mengunjungi laman sesawang TaiwanStay (http://taiwanstay.net.tw/), pelancong mendapat akses kepada semua hotel yang dikendalikan secara sah. Semasa menyemak semua syarat yang dikenakan, atau memasukkan nama hotel di laman sesawang. Sekiranya nama hotel muncul di laman sesawang ini, ia sah.
Langkah Kedua: Kenal pasti nombor ID hotel dan sijilnya
Ketika menjejakkan kaki ke hotel yang dikendalikan secara sah atau B&B, pelancong akan melihat sijil yang digantung pada dinding. Sekiranya tiada, tanyakan kepada kakitangan hotel atau minta nombor ID hotel. Ini merupakan langkah penting untuk melindungi keselamatan dan kepentingan anda.
Hanya dengan mengikuti dua langkah mudah ini dapat membantu anda mencari hotel yang dikendalikan secara sah dengan pantas, serta membolehkan anda mengunjungi seluruh Taiwan dengan tenang dan gembira!
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1942072-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1942072-1-b