TIANJIN, China, 16 September 2017 /PRNewswire/ -- Pembuat kereta paling pesat berkembang di China, GAC Motor menghantar 100 kereta sedan GA8 dan 50 kereta GA6 sebagai kereta perkhidmatan khas untuk Mesyuarat dan Dialog Pasaran Baru Muncul dan Negara-negara Sedang Membangun Pemimpin BRICS semasa Sidang Kemuncak BRICS kali ke-9 mulai 3 hingga 5 September di Xiamen, China.
GAC Motor berkhidmat untuk golongan elit perniagaan dan politik semasa Sidang Kemuncak BRICS ke-9 menerusi kereta-keretanya yang bukan sahaja amat selamat, tetapi juga dapat memberikan pengalaman luar biasa, yang menonjolkan kekuatan komprehensif pembuat kereta Cina kepada dunia.
Selama bertahun-tahun, kereta sedan elit GA8 GAC Motor telah menyokong sidang kemuncak dan forum peringkat kebangsaan serta antarabangsa termasuk Sidang Kemuncak G20, forum Davos, Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), Pameran Antarabangsa China untuk Pelaburan dan Perdagangan (CIFIT), seraya menunjukkan imej baharu bagi automobil Cina. Baru-baru ini, ia berkhidmat sebagai kereta perkhidmatan VIP yang ditetapkan untuk Forum Antarabangsa (TEDA) ke-13 untuk Pembangunan Industri Automotif Cina.
GA8 ialah salah satu daripada kereta sedan mewah saiz sederhana dengan jualan terlaris di China dalam kalangan semua jenama Cina. Model tersebut dilancarkan sebagai kereta sedan mewah GAC Motor pada tahun 2016. Ia berbangga dengan reka bentuknya yang asli, berkualiti tertinggi, penilaian keselamatan lima bintang dan pengalaman perjalanan terunggul. Ia mendapat pujian hasil ciri-ciri pemanduan keselamatan yang luas yang dapat membantu menavigasi, meningkatkan amaran perlanggaran, serta membantu secara aktif ketika membrek.
Edisi terkini yang dinaik taraf, GA8 2017 dilancarkan sempena Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai kali ke-17 (Auto Shanghai 2017), yang mempunyai lebih 30 ciri pengoptimuman termasuk penambahan enjin 280T baharu, lampu depan xenon dan banyak lagi. Dengan bahan semula jadi Rendah-VOC (Sebatian Organik Meruap) dan penapis penulenan PM 2.5, model ini bermatlamat untuk memberikan pengalaman pemanduan yang mesra alam.
Baru-baru ini, GA8 memperoleh penilaian yang tinggi daripada para tetamu Ekspo China-Negara Arab 2017 yang membuka tirainya pada 6 September di Yinchuan, Wilayah Autonomi Ningxia Hui berserta model-model elit GAC Motor termasuk GS3, GS4, GS8, GS7 dan GA6 yang turut dipamerkan. SUV GS8 7-tempat duduk yang mewah, satu lagi model menakjubkan dalam pasaran mewah, yang menawarkan perjalanan yang hebat namun lancar menerusi enam mod pemanduan, turut mendapat perhatian yang luas dalam ekspo ini.
Salah satu model GAC Motor yang paling laris terjual, GS8, ialah SUV mewah bersaiz sederhana yang memenuhi standard anti-daya bumbung SUV Amerika Utara dan menakrif semula pasaran SUV mewah Cina. Pelancaran GS8 merupakan satu lagi pencapaian penting buat GAC Motor dari segi capaian global yang menonjolkan keupayaan penyelidikan & pembangunan (R&D) serta sistem jaminan kualiti.
"GA8 dan GS8 merupakan permulaan kepada automobil mewah China dalam pasaran antarabangsa. Kehadiran GA8 dalam Sidang Kemuncak BRICS menjadi peristiwa penting buat syarikat kami memandangkan kami komited untuk mencari laluan pembangunan yang mampan," kata Yu Jun, presiden GAC Motor. "GAC Motor ialah peneraju dalam industri automobil China yang sentiasa berusaha membawakan produk-produk yang lebih baik dan lebih canggih, di samping meluaskan saluran, mewujudkan ekuiti imej jenama dan mempromosikan kereta Cina di persada dunia."
Syarikat akan melancarkan model MPV pertamanya, GM8 menjelang akhir tahun ini untuk terus memperluas jangkauannya dalam pasaran-pasaran premium, di samping mencapai jumlah jualan tahunan sebanyak 500,000 unit pada tahun 2017.
"GAC Motor berusaha memperluas jaringan penyelidikan & pembangunan (R&D) automotif globalnya, disokong oleh pusat teknologi, pembekal global terkemuka dan juga institut penyelidikan," kata Yu. "Kami berusaha mengukuhkan imej jenama mewah kami secara berperingkat-peringkat sebagai pembuat kereta bertaraf dunia yang cemerlang dalam segmen penyelidikan, pembuatan dan juga jualan."
Latar Belakang GAC Motor
Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. Pembuat kereta ini menjual lebih 330,000 kereta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2017, memperlihatkan peningkatan sebanyak 50.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut dan kedudukan kelima dalam kalangan semua jenama global menurut Kajian Kualiti Awal China 2016 J.D. Power Asia Pasifik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMoto
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://twitter.com/gac_motor
Maklumat Perhubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com
Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170915/1942398-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170915/1942398-1-b