omniture

ad Starcor Pamer HVS dan Perkhidmatan Data Besar Video di IBC2017

Chengdu Starcor Information Technology Co., Ltd.
2017-09-16 10:00 731

AMSTERDAM, Sept. 16, 2017 /PRNewswire / -- Pertunjukan Media, Hiburan dan Teknologi IBC2017 yang terkemuka di dunia, kini berlangsung di Amsterdam, Belanda selama lima hari, dari 15 hingga 19 September, di Pusat Pameran dan Konvensyen RAI. Lebih 55,000 profesional industri dari lebih 170 buah negara berhimpun untuk menjalinkan rangkaian, berbincang dan membahaskan pelbagai topik termasuk OTT, 4K, HDR, Penstriman VOD, Pengehosan Awan, HD Ultra, VR dan IPTV.

Starcor di IBC2017
Starcor di IBC2017

Starcor, pembekal utama penyelesaian video dan perkhidmatan data besar video untuk pelanggan global, mempamerkan Penyelesaian Video Hibrid (HVS) terbaharu untuk perniagaan IPTV, OTT dan DVB di Reruai C29 (Dewan 5). Pengunjung akan dapat melihat bagaimana Starcor membantu pelanggan yang sedang mencari peralihan lancar ke infrastruktur berpusatkan IP untuk tujuan meningkatkan penawaran perkhidmatan dan menjangkau lebih banyak peranti dengan memanfaatkan infrastruktur legasi sedia ada dan enjin analitik data besar yang hebat. Sehingga kini, HVS Starcor dan penyelesaian data besar video telah berjaya digunakan di dalam dan di luar negara.

Latar Belakang Hybrid Video Solution (HVS)

Hibrid Video Solution Starcor menawarkan platform seragam untuk perniagaan konvergen IPTV, OTT dan DVB. Penyelesaian yang berkesan kos ini menyediakan modul pengewangan yang boleh diatur untuk pengendali yang membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan televisyen lanjutan merentasi peranti termasuk EPG, Live TV, PPV, Time-shift TV, Catch-up TV dan VOD dll. di mana-mana, pada bila-bila masa maupun pada sebarang peranti. Sehingga kini, HVS Starcor telah berjaya dilaksanakan di CNTV, MANGO TV, TOPWAY TV dan banyak lagi, yang amat disanjungi oleh pengendali di China. Dengan HVS Starcor yang berusaha untuk mempromosikan pembangunan dan evolusi teknologi konvergen media, pengendali dapat menyingkir halangan teknikal pengembangan perkhidmatan konvergen.

Latar Belakang Starcor

Starcor menyediakan penyelesaian hujung ke hujung yang boleh disesuaikan dan perkhidmatan (OTT)/IPTV terbaik untuk pengendali peringkat wilayah dan nasional di arena antarabangsa. Ia menawarkan sokongan teknikal, strategi kandungan, dan perkhidmatan kolaborasi yang luas; penyelesaian OTT siap guna, IPTV, dan DVB+OTT; pengesahan, pemberikuasaan, serta sistem perakaunan; sistem rangkaian penghantaran kandungan; sistem pengurusan CMS; dan terminal. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2009 dan berpusat di Chengdu, China dengan cawangan dan pejabat domestik dan antarabangsa di Shenzhen, Hunan, Guangxi, Shandong, Fujian, Kemboja dan Persekutuan Rusia antara lainnya. Sehingga 18 Februari 2016, Starcor beroperasi sebagai anak syarikat Hangzhou CNCR Information Technology Co., Ltd.

Untuk maklumat lanjut, sla layari http://www.starcor.com

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170915/1938296-1

Source: Chengdu Starcor Information Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics New products/services