omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China Kumpul Pereka Terkemuka bagi Forum Pereka Hongqiao

Pameran Perabot Antarabangsa Cina
2017-09-18 12:10 654

SHANGHAI, 18 September 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China ke-40 (Shanghai) (CIFF) telah mengumpulkan para pereka dan pemimpin terkemuka industri daripada A.S., Jepun dan China untuk Forum "Saksikan Puncak" Reka Bentuk Hongqiao (Forum) untuk mengenalpasti dan berbincang mengenai trend rekaan semasa dalam industri perabot.

Forum ini diadakan sebelum acara Anugerah Pinnacle Asia-Pasifik, yang dianjurkan bersama oleh American Society of Furniture Designers, High Point Market dan CIFF. Ini merupakan anugerah sub-kategori paling berprestij di luar A.S. dalam industri perabot Amerika.

Penceramah ucapan dasar dan sorotan daripada Forum ini termasuk:

  • Jonathan Adler, pereka terkemuka A.S., menyatakan bahawa cabar diri adalah penting dalam rekaan perabot untuk menjadikan produk itu unik. Banyak inspirasi rekaan beliau lahir dari hati dan pereka tidak sepatutnya memberi terlalu banyak perhatian kepada hasil kerja yang canggih, mahupun kepada fesyen dan trend.
  • Masayuki Kurokawa, arkitek perintis dan pereka perindustrian Jepun, berkongsi puisi duduk beliau. Beliau percaya bahawa kerusi adalah titik permulaan bagi semua perabot; ia menyokong badan manusia dan menjadi tuan rumah kepada perbualan dan meditasi. Beliau juga menyatakan dua trend yang sedang berkembang dalam reka bentuk kediaman, menonjolkan dinding daripada budaya barat untuk mengasingkan tempat di mana orang memilih untuk duduk di kerusi untuk mengelakkan potensi kecederaan, dan memaparkan tiang rasuk daripada budaya timur di mana ruang yang lebih besar dan lebih selamat memberikan rasa selamat untuk duduk di atas lantai.
  • Alex Shuford III, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Century Furniture Company, percaya bahawa reka bentuk adalah alatan untuk penciptaan dan pada masa yang sama kaedah pemusnahan. Century Furniture Company menggunakan rekaan untuk memecahkan kekangan yang telah wujud dalam konsep perabot tradisional. Beliau menganggap fungsi dan estatik merupakan dua faktor penting dalam mereka perabot yang akan diterima oleh para pengguna.

"Para peserta Forum tahun ini menunjukkan rangkaian luas bakat yang terdapat dalam industri perabot," kata wakil CIFF. "Idea dan kepakaran berfungsi sebagai pemangkin sempurna bagi Pinnacles tahun ini, dan membantu memperkenalkan perabot China kepada A.S. dan pasaran antarabangsa lain."

Latar Belakang CIFF

CIFF Shanghai ke-40 ini, diadakan di Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan, mempamerkan lebih daripada 200 jenama daripada hiasan rumah, tekstil rumah, mesin perabot, bahan mentah dan perabot luar rumah, pejabat, komersil dan hotel. Bertemakan "Kehidupan Lebih Baik, Kerja Lebih Baik", pameran ini mengalu-alukan 91,623 profesional, menyaksikan 8.18 peratus pertumbuhan berbanding tahun lalu. http://www.ciff-sh.com/en

Source: Pameran Perabot Antarabangsa Cina
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news