omniture

CHINASHOP, Pintu Masuk Industri Peruncitan China, Bakal Berlangsung 2-4 November

CHINASHOP
2017-09-18 15:18 695

CHONGQING, China, 18 September 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Peruncitan China kali ke-19 (CHINASHOP 2017), iaitu acara tahunan utama dalam industri peruncitan Cina dan pameran peruncitan bertaraf profesional yang terbesar di Asia, bakal diadakan mulai 2 hingga 4 November di Pusat Ekspo Antarabangsa Chongqing. Pameran berkeluasan 90,000 meter persegi ini akan menjadi tuan rumah untuk hampir 800 pempamer dan menjangkakan kehadiran daripada lebih 50,000 pengunjung profesional dari serata dunia.

CHINASHOP menghimpunkan para peruncit terkemuka China dan bakal menjadi tempat untuk meninjau trend perkembangan terkini dalam seluruh sektor. Hampir 100,000 produk meliputi seluruh sektor bermula daripada peralatan runcit kepada teknologi dalam kedai, logistik rantaian dingin serta reka bentuk komersial, berserta pelbagai produk dan perkhidmatan pilihan, akan dipamerkan dalam acara selama tiga hari itu. Kebanyakan produk terkini, termasuk sistem pembayaran, terminal POS layan diri dan teknologi komunikasi optik, bakal membuat penampilan sulung peringkat dunia, sebelum dilancarkan secara rasmi di China serta luar negara.

Bagi pihak pengendali pasar raya, kedai serbaneka, pusat membeli belah dan kedai francais, selain peruncit lain, pembezaan kompetitif, peningkatan dalam operasi dan daya saing teras bakal menjadi aspek-aspek perkembangan seluruh sektor yang dijangka berlaku dalam tahun-tahun akan datang. Teknologi, peranti, produk dan perkhidmatan yang dipamerkan dalam pameran ini akan memberi lebih banyak pilihan kepada kedai rangkaian dari segi pemerolehan keperluan mereka dan seterusnya membantu mereka menambat hati pengguna.

CHINASHOP bukan sekadar menyajikan pelbagai produk yang dipamerkan di hadapan peserta pameran, malah turut berkongsi perspektif industri. Dengan mengambil kira titik tumpuan dalam sektor ini pada tahun ini, satu siri forum dan persidangan dirancang khas, termasuk salun profesional untuk susun atur runcit, reka bentuk dan pembinaan serta forum profesional yang mencakupi rantaian bekalan serta kecekapan tenaga dalam kedai. Topik-topik penting yang lain turut menjadi tumpuan termasuk pembinaan kecekapan teras bagi rantaian runcit serantau dan pemadanan penjual dengan pembeli produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh firma-firma luar negara. Lebih banyak acara menarik menanti anda untuk diteroka.

CHINASHOP 2017 akan membantu syarikat-syarikat luar negara memahami kedudukan semasa industri peruncitan Cina dan apa yang diramalkan untuk industri ini pada masa depan. Jadikan CHINASHOP pintu masuk anda ke dalam pasaran runcit Cina dan sebagai lokasi untuk mencari lebih ramai rakan kongsi yang berpangkalan di China. Kami tidak sabar-sabar untuk bertemu anda dalam acara tahunan besar-besaran dalam industri peruncitan Cina ini.

Pertanyaan pameran

Jason Guo
gh@ccfa.org.cn
+86-10-6801-9941

 

Source: CHINASHOP
Keywords: Banking/Financial Service