omniture

Bintang Handalan Global Alessandra Ambrosio Buat Kemunculan Mengejut dalam Pertunjukan Fesyen Julien Macdonald

CIROC
2017-09-20 01:37 678

LONDON, 20 September 2017 /PRNewswire/ --

Alessandra Hiburkan Peminat Fesyen ketika beliau Labuhkan Tirai Pertunjukan Pentas Peragaan Bergemerlapan dengan Gaun Parti CÎROC Terunggul  

Alessandra Ambrosio memastikan semua perhatian tertumpu kepada beliau sewaktu beliau membuat kemunculan memeranjatkan di atas pentas peragaan sempena pertunjukan fesyen Musim Bunga / Musim Panas 2018 Julien Macdonald malam tadi dalam satu hasil ciptaan menakjubkan, diilhamkan oleh jenama vodka mewah CÎROC. Disebut-sebut sebagai salah satu acara paling menarik dan dinanti-nantikan minggu ini, Julien Macdonald tidak menghampakan penonton barisan hadapan…

generated by system

Alessandra merupakan tambahan kejutan penuh glamor dalam pertunjukan fesyen dipenuhi bintang-bintang handalan malam tadi, muncul di atas pentas peragaan dan memukau dengan gaun indah yang diilhamkan daripada vodka mewah CÎROC. Gaun Utopia CÎROC direka secara eksklusif untuk Alessandra oleh pereka legenda, yang disebut-sebut sebagai salah satu gaya parti paling hangat untuk dilihat tahun ini.

Rekaan canggih Julien Macdonald untuk SS18 mengujakan hadirin menerusi konsep 'dunia selari'. Koleksi baharu ini mengatur seiring bebayang bentuk ikonik dan terkenal Julien dengan ciri glamor yang futuristik dan selaras. Pakaian bervoltan tinggi dan ketat dalam warna cair emas, perak, hitam dan piuter diselangi dengan kilauan merah menyala, biru dan kuning nilam ombre, membawa para tetamu ke zaman Utopia moden. Susunan butiran manik yang rumit, jejaring kristal dan renda terdapat pada gaun ketat cecair, jumpsuit dikait dan pakaian berasingan yang dipertingkatkan dengan ciri bergaya seperti kulit kedua duniawi lain yang dihias. Motif dedaunan waktu malam muncul pada sifon kain sutera meleret, mengimbau percutian pereka tersebut ke hutan hujan Amazon dan memberikan pengalaman fesyen yang menawan di tengah-tengah London.

Terdahulu pada sebelah malam itu, Alessandra menyertai tetamu vodka CÎROC bagi jamuan sebelum acara yang eksklusif. Susulan peragaan bintang-bintang model dan gaya memukau, Alessandra melangkah ke pentas peragaan dalam gaun parti terunggul bagi mengejutkan rakan media utama yang penuh sesak, para selebriti dan tokoh-tokoh industri, yang mengingatkan hadirin betapa beliau masih lagi salah seorang peragawati yang paling mendapat permintaan di dunia. Julien menyertai beliau di atas pentas peragaan dan kedua-duanya meraikan salah satu detik paling bertenaga dalam musim fesyen London setakat ini dengan kabus konfeti logam yang menakjubkan tatkala mereka melabuhkan tirai persembahan elektrik.

Bercakap selepas itu, Alessandra Ambrosio berkata, "Suatu cara yang luar biasa untuk menamatkan minggu perayaan yang indah di London! Saya berasa gembira apabila Julien Macdonald mencipta gaun ini untuk saya – khususnya gaun yang cukup sempurna untuk majlis perayaan! Mengenakan gaun Utopia CÎROC di atas pentas peragaan malam ini adalah saat yang menarik dan pastinya merupakan salah satu detik ketibaan yang hebat setakat ini!"

Julien Macdonald berkata: "Koleksi SS18 saya direka dengan menumpu pada wanita dan lelaki yang elegan, kuat dan yakin dengan tubuh mereka serta memaparkan gaya yang diilhamkan oleh Utopia moden dan percutian saya baru-baru ini ke hutan hujan Amazon. Musim kali ini, saya ingin memberikan keseimbangan sebenar antara pakaian permaidani merah dinamik saya yang terkenal dan perasaan menjejakkan kaki ke dunia baharu. Saya memberikan kepingan kedua saya, pakaian yang dihias penuh dengan bahagian tepi yang lebih kukuh dan bergaya. Alessandra Ambrosio dan CÎROC merupakan rakan kongsi sempurna untuk berkolaborasi sempena Minggu Fesyen London memandangkan beliau mempunyai ciri-ciri wanita yang kuat dan bebas dalam rekaan pakaian saya, dan CÎROC melambangkan gaya hidup mewah yang ingin dikecapi oleh kita semua. Saya mencipta gaun Utopia CÎROC, menampilkan biru nilam ombré terkenal jenama, untuk menonjolkan tenaga CÎROC dan juga kempen 'On Arrival'."

Alessandra menghadiri perayaan fesyen di London bagi pihak vodka mewah CÎROC sebagai sebahagian daripada kempen 'On Arrival' jenama ini – satu perkongsian menarik yang mengikuti tahun detik-detik menarik beliau dalam pertunjukan-pertunjukan fesyen terbesar di destinasi-destinasi paling hangat di seluruh dunia. Kolaborasi ini berjaya memperluas aktiviti bergaya pada minggu lalu dengan memperkenalkan wajah indah 'Front Row' Alessandra yang dirakam oleh jurugambar fesyen ikonik Mario Testino. Ini diikuti dengan pelancaran gaya pertama dalam koleksi tersebut, Hair & Makeup, awal tahun ini, dengan satu visual yang amat menarik sebagai susulan sambutan Tahun Baru lewat tahun 2017.

Nikmati detik perayaan anda sendiri dengan gaun parti Utopia CÎROC yang disediakan mengikut permintaan di sales@julienmacdonald.com. Ketahui semua gaya terkini dan detik-detik ketibaan terkini daripada segmen di belakang tabir Alessandra melalui saluran Facebook CÎROC (https://www.facebook.com/CirocVodkaOfficial/) dan Instagram ( https://www.instagram.com/cirocvodka/?hl=en).

Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Source: CIROC
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment