omniture

Pameran Cenderamata & Produk Kediaman Shenzhen bakal sambut ulang tahun ke-25

Reed Huabo Exhibitions
2017-09-20 12:16 391

SHENZHEN, China, 20 September 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Antarabangsa China (Shenzhen) yang dianjurkan oleh Reed Huabo, salah satu ahli Reed Exhibitions dijadualkan untuk menyambut ulang tahun kali ke-25 pada 20 Oktober 2017.

Memanfaatkan reformasi dan membuka ruang bagi percepatkan kemajuan

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1993, Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Shenzhen telah mengikuti peredaran masa, berdedikasi untuk mewujudkan pameran yang luar biasa dan peluang perniagaan tanpa batasan. Ekonomi Cina berkembang pesat setelah berlakunya reformasi dan sejak mula diperkenalkan 30 tahun lalu, pameran tersebut memanfaatkan tahap kemajuan untuk menjadi pameran terbesar seumpamanya di China dan acara penyumberan yang paling dinanti-nantikan dalam industri.

Menerajui industri dan kekal selangkah di hadapan

Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Shenzhen telah menjadi pelopor dengan semangat yang berdaya kreatif dan inovatif. "Program Hadirin Sasaran" diadakan dalam pameran ini bagi membolehkan pempamer berhubung dengan organisasi-organisasi penyumberan global yang besar. Sementara itu, pembeli boleh bertemu dan mengenal pasti pembekal yang diperlukan dengan segera.

Perkhidmatan rintis lain membantu memaksimumkan kadar produktiviti penyumberan termasuk aplikasi mudah alih baharu yang membolehkan pembeli mengakses profil pempamer pada peranti mudah alih dengan mudah. Selain itu, pempamer mempunyai pasaran dalam talian baharu untuk mempamerkan produk-produk mereka. Aplikasi ini membolehkan transaksi dibuat sepanjang tahun bermula dengan senario luar talian kepada dalam talian.

Terus maju dan cipta kemajuan seterusnya

"25 tahun yang telah berlalu menunjukkan pameran kami disambut baik oleh pengunjung dan pempamer. Ia turut menggalakkan pembangunan industri Cenderamata dan Produk Kediaman di China. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala kepercayaan dan sokongan daripada pelanggan kami, serta ahli-ahli pasukan kami yang bekerja keras. Pada masa depan, kami akan terus berdedikasi untuk membangunkan pameran berkualiti tinggi dan memudahkan lebih banyak peluang perniagaan," kata En. Jiang, Presiden Reed Huabo.

Waktu operasi pameran ialah:

20-22 Oktober mulai 9:00 pagi hingga 5:00 petang
23 Oktober mulai 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Latar Belakang Reed Huabo

Reed Huabo - salah sebuah syarikat pameran yang paling berpengaruh di China, merupakan ahli syarikat kepada Reed Exhibitions - penganjur acara terulung di dunia, yang berpangkalan di UK. Syarikat ini komited untuk menerajui pembangunan industri dan terus mewujudkan nilai untuk pelanggan dari seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di: www.chinagiftsfair.com

Maklumat Perhubungan Media:

Lisa Li
+ 85 755-3398 9311
lisa.li@reedhuabo.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news