omniture

Wiski Ireland Tullamore D.E.W. Kerjasama dengan MyHeritage DNA Kenalkan 'Beauty of Blend'

Tullamore D.E.W.
2017-09-20 17:00 581

TULLAMORE, Ireland, 20 September 2017 /PRNewswire/ --

Hanya 0.3% daripada orang ramai mempunyai satu etnik dalam DNA mereka, menunjukkan dunia kita merupakan campuran sejati[1]

Untuk meraikan pelancaran 'The Beauty of Blend', Tullamore D.E.W., wiski Ireland tiga campuran asli telah bekerjasama dengan MyHeritage DNA, destinasi utama bagi sejarah keluarga dan ujian DNA, untuk mencipta kit DNA berjenama edisi terhad yang akan membolehkan orang ramai di seluruh dunia untuk menemukan campuran unik mereka sendiri. Mengkaji semula trend ujian DNA dari seluruh dunia, Tullamore D.E.W. bekerjasama dengan MyHeritage DNA, mendedahkan bahawa 99.7% orang ramai mempunyai campuran pelbagai etnik, bermakna hanya 0.3% individu yang disampel terdiri daripada hanya satu latar belakang etnik.[2]

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8181751-tullamore-whiskey-beauty-of-blend/

Kerjasama ini memberikan peminat peluang untuk meneroka, dan meraikan, campuran unik etnik mereka. Kit DNA berjenama MyHeritage edisi terhad ini akan diberikan melalui program hadiah dan saluran sosial Tullamore D.E.W. pada bulan-bulan akan datang.

Tullamore D.E.W., wiski Ireland kedua terbesar di dunia merupakan tiga campuran daripada kesemua tiga jenis wiski Ireland: suling periuk, malt dan bijirin, sulingan tiga kali dan kematangan tong tiga kali untuk memberikan wiski yang mempunyai keenakan luar biasa. Oleh sebab ini, Tullamore D.E.W. memilih campuran beraneka yang transformatif, dan ia percaya dalam kepentingan mendedikasikan masa untuk meneroka peluang baharu dan menarik yang tiada batasan, yang wujud hasil gabungan unsur yang berbeza-beza. Tullamore D.E.W. memberi orang ramai peluang untuk menemui 'Beauty of Blend' mereka sendiri -- keindahan percampuran etnik yang digabungkan untuk menjadikan setiap individu unik.

Kerjasama unik ini adalah sebahagian daripada kempen pengiklanan global baharu Tullamore D.E.W., 'Beauty of Blend' yang meraikan semangat unik campuran - sama ada wiski tiga campuran dalam periuk penyulingan, malt dan bijirin di Tullamore D.E.W., dibuat untuk menemukan orang ramai bersama, atau campuran budaya dan idea di sepanjang detik dalam sejarah.

Pengarah Jenama Global Tullamore D.E.W., Caspar MacRae, mengulas: "Kami terbina daripada campuran. Ia mengalir melalui setiap botol wiski Ireland tiga campuran asli kami. Terdapat banyak contoh dalam dunia makanan, muzik dan lain-lain di mana sesuatu yang indah telah dicipta daripada penggabungan budaya atau idea yang berbeza, dan kami berpendapat perkara ini patut diraikan. Beauty of Blend meraikan kepercayaan kami dalam semangat campuran - daripada wiski Ireland tiga campuran asli kami hinggalah kepada penggabungan budaya, yang bersusur galur dalam hubungan bersejarah kami dengan pendatang Ireland di seluruh dunia."

Selama beberapa generasi, diaspora Ireland sebanyak 80 juta orang telah terbina dan bercampur di seluruh dunia. Tullamore D.E.W., wiski yang digemari oleh pendatang Ireland sejak 1829, memperjuangkan dunia campuran ini sebagai tempat yang lebih menarik dan eklektik. Dengan membolehkan orang ramai di seluruh dunia mengetahui gabungan unik mereka menggunakan Kit DNA 'Beauty of Blend', Tullamore D.E.W. berharap mereka dapat mendedahkan gabungan yang mengejutkan dan pelbagai gabungan yang wujud di sekeliling kita, dan memberi inspirasi kepada kumpulan yang berbeza-beza untuk berkumpul secara sosial dan meraikan keterangkuman.

Kempen Beauty of Blend dilancarkan dengan dua filem baharu. 'No Irish Need Apply' ialah sebuah filem yang sangat mencabar, mempamerkan sejarah imigrasi Ireland di AS. 'Danny Boy' secara tersirat meraikan kepelbagaian budaya dengan cara yang memberi aspirasi,  menonjolkan jati orang Ireland dan keramahan yang jelas tergambar.

Kedua-dua filem boleh ditonton di saluran YouTube Tullamore D.E.W.; No Irish Need Apply boleh ditonton di sini dan Danny Boy boleh ditonton di sini.

#IAMBLEND

Nota kaki:  

1&2: Mengikut pangkalan data global MyHeritage DNA. Keputusan ujian DNA MyHeritage boleh mendedahkan sehingga 42 etnik - merupakan ujian DNA pengguna paling komprehensif berbanding yang lain-lain yang terdapat di pasaran.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Emma Oliver, Pembantu Perhubungan Awam & Sokongan Global: Emma.Oliver@wgrant.com

https://www.myheritage.com

generated by system

https://www.multivu.com/players/uk/8181751-tullamore-whiskey-beauty-of-blend/

Source: Tullamore D.E.W.
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Joint ventures