omniture

Risen Energy menang bidaan bantu Cuba bina stesen PV solar 3.9 MW

Risen Energy Co., Ltd
2017-09-20 17:15 582

- Projek usaha sama terus galakkan kerjasama China-Cuba dalam sektor tenaga boleh diperbaharui

NINGBO, China, 20 September 2017 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Risen Energy mengumumkan mereka telah memenangi bidaan untuk membantu Cuba membangunkan projek fotovolta (PV) solar 3.9 MW.

Syarikat akan menyediakan elemen-elemen berkualiti tinggi, termasuk modul polihabluran berkecekapan tinggi 260W, bingkai aloi aluminium, peti persimpangan sepadan, pengadang solar, dan produk-produk lain yang diperlukan oleh stesen PV solar ini.

Ini merupakan kali pertama Risen Energy membekalkan produk-produk untuk pasaran PV solar Cuba. Walau bagaimanapun, langkah ini pastinya memberi kesan positif terhadap jalinan kerjasama antara China dan Cuba dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Risen Energy, En. Wang Hong berkata: "Sejak beberapa tahun lalu, syarikat kami berpegang kepada prinsip teras: "Setiap kali anda memilih Risen Energy, kami dapat meningkatkan kuasa, anda mendapat lebih nilai." Sememangnya, menerusi usaha yang berterusan, pasukan penyelidikan dan pembangunan kami dapat mencipta teknologi canggih pelbagai fungsi dan membantu syarikat kami meraih salah satu kedudukan terkemuka dalam industri solar di seluruh dunia. Dalam masa yang sama, makmal peringkat negeri yang berpusat di syarikat kami melaksanakan ujian-ujian terperinci terhadap setiap bahan yang ingin kami masukkan ke dalam proses pengeluaran kami. Setelah bahan tersebut melalui pelbagai siri ujian, dan diluluskan oleh makmal, barulah ia boleh digunakan oleh Risen. Disebabkan oleh dasar inilah kami mendapat kepercayaan dan sokongan daripada pelanggan kami di dalam negara dan di seluruh dunia. Ia menyediakan satu asas kukuh untuk syarikat kami meninjau pasaran baharu seperti pasaran di Cuba."

Menurut perjanjian, Risen Energy akan menyediakan modul PV solar dan bahan-bahan berkaitan kepada pihak Cuba. Bagi memudahkan pemasangan modul dengan selamat dan memastikan modul-modul tersebut berfungsi dengan baik, seperti biasa, Risen Energy berpegang pada standard kualiti yang ketat dan membekalkan produk dengan jaminan kualiti yang tinggi untuk pembangunan projek ini dan demi faedah kewangan masyarakat setempat.

"Potensi pasaran tenaga boleh diperbaharui menunjukkan kepada kami bahawa tenaga boleh diperbaharui, dan khususnya industri solar, menjadi keutamaan tertinggi dalam dasar-dasar pengoptimuman tenaga dan promosi tenaga boleh diperbaharui yang dimulakan oleh kerajaan Cuba." Pengerusi Wang Hong menegaskan: "Ini merupakan satu peluang hebat untuk syarikat kami menggalakkan lagi hubungan antara China dan Cuba. Atas sebab ini, saya percaya projek usaha sama ini dan pengalaman luas syarikat kami dalam bidang modul PV solar berkecekapan tinggi, Risen Energy akan dapat membantu Cuba membangunkan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui dan mula memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui pada tahap yang lebih tinggi sebagai sebahagian daripada gabungan tenaganya. Kami akan membantu menaik taraf sistem tenaga tempatan di Cuba dengan menyediakan kuasa teknologi industri Cina."

Risen Energy Co., Ltd,
marketing@risenenergy.com

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Licensing/marketing agreements