omniture

Infinitus Mulakan Program Hoffmann Infinitus Tingkatkan Pemahaman dalam Perubatan Cina Tradisional

LKK Health Products Group
2017-09-21 08:19 824

STRASBOURG, Perancis, 21 September 2017 /PRNewswire/ -- Infinitus mengambil langkah baharu dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk-produk kesihatan melalui penandatanganan rasmi Program Hoffmann Infinitus pada 15 September 2017. Program jangka panjang antara Infinitus (China) Company Ltd. dan Pusat Kebangsaan Perancis untuk Penyelidikan Saintifik (CNRS), sebuah organisasi penyelidikan asas yang terbesar di Eropah, akan membolehkan Infinitus mendapatkan kepakaran saintitifk Profesor Jules A. Hoffmann serta pasukan beliau tehadap penyelidikan dalam usaha untuk terus menambah baik keberkesanan produk dan meningkatkan pemahaman tentang proses penuaan di dalam tubuh badan.

Infinitus Mulakan Program Hoffmann Infinitus Tingkatkan Pemahaman dalam Perubatan Cina Tradisional
Infinitus Mulakan Program Hoffmann Infinitus Tingkatkan Pemahaman dalam Perubatan Cina Tradisional

Majlis penandatanganan ini dianjurkan oleh CNRS di University of Strasbourg dan Profesor Michel Mortier, Ketua Pegawai Pemindahan Teknologi CNRS, dan En. Lam Yu, Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group, Naib Pengerusi dan Pengarah Urusan Infinitus (China) Company Ltd., turut berada di meja penandatanganan. Orang-orang kenamaan utama dari bandar Strasbourg, Presiden University of Strasbourg, Profesor Hoffmann serta pasukan penyelidikan beliau turut hadir bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian.

Wakil-wakil daripada Infinitus dan CNRS di meja penandatanganan
Wakil-wakil daripada Infinitus dan CNRS di meja penandatanganan

Professor Hoffmann, Pemenang Hadiah Nobel 2011 bagi Fisiologi atau Perubatan, dilantik sebagai penasihat saintifik untuk Infinitus sejak Mac tahun ini, terlibat dalam projek-projek penyelidikan jangka panjang dalam perubatan Cina tradisional. Setelah mencapai kata sepakat, kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan kerjasama menerusi satu usaha sama antarabangsa yang akan memberi faedah kepada komuniti saintifik dan golongan awam. Profesor Hoffmann menyatakan bahawa peluang ini memberikan "lombong emas" pengetahuan tentang Perubatan Cina Tradisional dan kesannya terhadap sistem imun.

Profesor Hoffmann berucap pada majlis penandatanganan
Profesor Hoffmann berucap pada majlis penandatanganan

Program Hoffmann Infinitus merupakan satu lagi pencapaian penting hasil kerjasama antara Infinitus dan insitusi saintifik berwibawa. Kajian yang dijalankan akan melibatkan faedah-faedah polisakarida dalam mengekalkan "Qi", peningkatan keimunan gastrousus dan kaedah antipenuaan semula jadi. Hasil daripada kajian-kajian ini akan diaplikasikan dalam produk-produk Infinitus yang baharu dan sedia ada. En. Lam Yu menyebutkan bahawa kajian ini adalah amat penting untuk merungkai potensi penuh ubat-ubatan Cina tradisional, dan berharap agar hasil kajian akan memberi manfaat untuk meningkatkan kesihatan awam.

Latar Belakang LKK Health Products Group ( www.lkkhpg.com )

LKK Health Products Group, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, ditubuhkan oleh Keluarga Lee Kum Kee pada tahun 1992. Syarikat mengendalikan pelbagai segmen perniagaan melibatkan produk kesihatan herba Cina, pelaburan hartanah, perladangan dan perdagangan herba Cina serta modal usaha niaga untuk syarikat-syarikat baharu. Tanda dagangan Syarikat merangkumi "Infinitus", "Tianfangjian", dan "Happiness Capital".

Ikuti kami melalui Facebook dengan mencari: lkkhpg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170919/1945884-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170919/1945884-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170919/1945884-1-c

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements New products/services