omniture

Hotel-hotel Tumpu Optimumkan Pengedaran Digital

Trend Pengedaran Digital Terkini dengan teknik-teknik praktikal dan boleh laksana bagi bantu pengusaha hotel mengoptimumkan saluran digital dan maksimumkan keuntungan
FASTBOOKING
2017-09-21 10:00 746

SINGAPURA, 21 September 2017 /PRNewswire/ -- Pengedaran adalah penting dalam kejayaan mana-mana hotel, dan pemasaran digital untuk hotel-hotel pula semakin rumit. Bagi menakrifkan strateginya untuk bersaing demi mendapatkan tetamu dalam komuniti digital yang muncul setiap hari adalah suatu cabaran buat pengusaha hotel.

"Para pemilik pertubuhan untuk hotel-hotel kumpulan bebas/tempatan biasanya kurang mendapat sokongan dan sentiasa kurang bersedia secukupnya untuk berhadapan dengan cabaran pengedaran yang dihadapi oleh mereka saban hari. Umumnya, pengusaha hotel jarang mempunyai masa dan cara untuk menyediakan analisis makro terhadap saluran dan mengurusnya secara strategik. Bagi menjimatkan masa, kami berharap persidangan setengah hari ini yang dipenuhi dengan maklumat mendalam, teknik-teknik yang praktikal dan boleh laksana yang akan membantu pengusaha hotel memaksimumkan pengedaran bahan digital mereka dan memaksimumkan keuntungan mereka," kata Guillaume de Marcillac, Ketua Pegawai Eksekutif bersama FASTBOOKING.

Dengan harapan untuk membantu menangani cabaran pengusaha hotel, FASTBOOKING, sebuah syarikat e-dagang dan penyelesaian pengedaran yang membantu hotel-hotel mencipta strategi pemasaran digital bagi mendorong jualan langsung, bekerjasama dengan beberapa pakar industri hospitaliti utama bagi membawa FASTBOOKING Digital Lab kami menjelajah ke 17 bandar di seluruh Eropah dan juga Asia.

"FASTBOOKING Digital Lab diperkenalkan pada tahun 2016. Setelah menerima sambutan hangat dan maklum balas daripada para peserta, kami mengambil inisiatif sekali lagi untuk melancarkan siri baharu jelajah Digital Lab bagi tahun 2017 dan turut melibatkan bandar-bandar tambahan di seluruh dunia. Pihak pengusaha hotel akan berpeluang mengambil bahagian dalam persidangan masuk percuma yang paling hampir dengan mereka dan mendapat inspirasi menerusi pemahaman yang lebih mendalam tentang trend dan strategi terkini dalam Pengedaran Digital. Mereka juga berpeluang meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperluas rangkaian hubungan mereka," tambah Guillaume de Marcillac, Ketua Pegawai Eksekutif bersama FASTBOOKING.

Tema global bagi jelajah tahun ini ialah 'Bagaimana pengusaha hotel mengoptimumkan pengedaran bahan digital?' Tema ini dipilih berdasarkan minat mendalam pihak pengusaha hotel untuk mengoptimumkan pengedaran mereka dan memaksimumkan keuntungan.

Dengan FASTBOOKING, rakan-rakan kongsi Digital Lab terdiri daripada Google, IDeaS, OTA Insight, Sojern, STR, TrustYou dan Triptease yang akan membawakan jelajah tersebut bersama kami di bandar-bandar terpilih. Segala butiran disediakan dan dikemas kini secara berkala melalui fastbookingdigitallabs.com.

Antara topik-topik yang bakal dikongsikan ialah:

  • Trend Terkini dalam landskap Pengedaran Digital Hotel
  • Pemahaman untuk mengurus data pelanggan dengan lebih baik dan memaksimumkan tempahan daripada pelbagai saluran digital
  • Keberkesanan Iklan Hotel Google
  • Trend Terkini berhubung pendapat pelanggan dan kaedah untuk memanfaatkannya
  • Trend baharu untuk berkongsi pengalaman hotel
  • Pengembangan pengurusan hasil dan cara untuk meningkatkan pertukaran
  • Akhir sekali, analisis permintaan, tawaran bilik dan trend tempahan untuk setiap pasaran.

Untuk mendaftar bagi mendapatkan pas percuma untuk acara setengah hari di seluruh Eropah dan Asia, sila kunjungi fastbookingdigitallabs.com, pilih lokasi bandar yang ingin anda hadiri dan daftar bersama kami.

Lokasi dan tarikh Digital Lab
Lokasi dan tarikh Digital Lab

Nota untuk Editor:

Rakan-rakan media dialu-alukan untuk meminta menemubual penceramah utama dan/atau Jean-Luc Chretien/ Guillaume de Marcillac, Ketua Pegawai Eksekutif bersama dan Pierre-Charles Grob, Pengarah Urusan, Asia bagi FASTBOOKING.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Wong Yin Yin
Pengarah Pemasaran & Komunikasi, Asia
FASTBOOKING
T: +65 6223 2730
M: +65 9790 4185
E: yywong@fastbooking.net

Latar Belakang FASTBOOKING Digital Lab 

FASTBOOKING Digital Lab ialah makmal pembelajaran untuk pengusaha hotel meneroka laluan berbeza untuk mereka bagi mengoptimumkan pengedaran bahan digital mereka. Berkongsi trend pengedaran digital terkini bagi mengimbangi pengedaran yang baik dalam pelbagai saluran dan memperluas tempahan dalam talian langsung peringkat antarabangsa dan domestik adalah penting untuk pihak pengusaha hotel dalam segmen komuniti digital.

Bagi membantu pengusaha hotel memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang trend pengedaran digital dan menyediakan penyelesaian praktikal yang akan membantu pengusaha hotel mengoptimumkan pengedaran dan keuntungan mereka, FASTBOOKING berserta Pakar-pakar Industri Hospitaliti berkolaborasi untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka demi memperkenalkan teknik-teknik yang boleh diambil tindakan semasa persidangan ini.

Latar Belakang FASTBOOKING 

FASTBOOKING menawarkan penyelesaian e-dagang paling canggih untuk hotel-hotel bagi meningkatkan strategi jualan langsung mereka. Penyelesaian kami adalah berasaskan platform awan canggih dan kepakaran terbukti kami dalam pemasaran digital membolehkan hotel-hotel meningkatkan keterlihatan jenama dan mempromosikan jualan dalam talian melalui saluran dalam talian serta mudah alih. Pakar-pakar tempatan kami menawarkan sokongan harian kepada pengusaha hotel, di lebih 90 negara, bagi membantu mereka memanfaatkan penyelesaian kami dan mengekalkan ciri kebebasan mereka.

Ditubuhkan pada tahun 2000, FASTBOOKING kini merupakan sebahagian daripada Kumpulan AccorHotels, selaku pakar bagi penyelesaian digital khusus untuk hotel-hotel bebas.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170816/1921499-1

Source: FASTBOOKING
Keywords: Advertising Electronic Commerce Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services