omniture

Cyberport dan Lembaga Kewangan Hong Kong pimpin Delegasi FinTech terbesar Hong Kong ke London

Hong Kong Cyberport Management Company Limited
2017-09-21 18:07 863

HONG KONG, 21 September 2017 /PRNewswire/ -- Hong Kong Cyberport (Cyberport) dan Lembaga Kewangan Hong Kong (HKMA) membawakan delegasi Teknologi Kewangan (FinTech) terbesar ke London mulai 19 hingga 21 September bagi tujuan memperluas jaringan perkongsian untuk pihak pengusaha industri FinTech antara kedua-dua bandar tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada delegasi ICT tahunan yang dianjurkan bersama Cyberport dan juga Lembaga Bersama Teknologi Maklumat Hong Kong.

Delegasi ini terdiri daripada lebih 70 peserta, termasuk wakil-wakil Biro Perkhidmatan Kewangan dan Perbendaharaan serta Biro Maklumat dan Teknologi Kerajaan SAR Hong Kong, HKMA, bank, pelabur, badan profesional, dan syarikat baharu FinTech daripada Cyberport. Misi ini bertujuan untuk menjalin hubungan dalam kalangan pihak berkepentingan dalam lanskap FinTech global, dengan harapan untuk memupuk kolaborasi dan membangunkan peluang perniagaan dan pelaburan, selain mempromosikan peranan Hong Kong sebagai hab FinTech utama di Asia.

Semasa majlis sambutan makan malam yang dianjurkan bersama Bandar Raya London pada 19 September (waktu UK), para pegawai dan pemimpin-pemimpin daripada komuniti FinTech dan pelaburan berhimpun bagi menyaksikan upacara penandatanganan antara syarikat baharu Cyberport, TNG FinTech Group dan sebuah syarikat UK Tranglo bagi melancarkan dompet elektronik (e-dompet) tempatan di UK, bagi memperluas "Perikatan E-Dompet Global" ke 14 negara, dan mengukuhkan kedudukan TNG sebagai platform e-pembayaran rentas benua. Majlis tersebut turut menyaksikan pengumuman yang dibuat oleh satu lagi syarikat baharu Cyberport, Institute of Financial Technologists sempena pelancaran program pensijilan FinTech yang bertujuan untuk memupuk lebih ramai bakat demi pertumbuhan industri FinTech.

Dr Lee George Lam, Pengerusi Cyberport berkata, "Kami berbesar hati dapat menganjurkan delegasi FinTech ini bersama Lembaga Kewangan Hong Kong, dan gembira atas sokongan yang diperoleh daripada kerajaan dan pelbagai rakan strategik. Ini adalah satu demonstrasi mantap ekosistem teknologi digital yang ingin dibangunkan oleh Cyberport. Kami komited untuk mendorong syarikat-syarikat baharu kami seperti TNG ke arah peluasan global, membolehkan Institute of Financial Technologists untuk mempersiapkan bakat-bakat kami dengan kemahiran profesional bagi mengubah industri kewangan dan meningkatkan dorongan yang padu terhadap pertumbuhan ekonomi Hong Kong. Melalui misi ini, kami akan memupuk hubungan bersama syarikat-syarikat FinTech UK yang cemerlang, dan para pelabur serta mengundang mereka untuk memanfaatkan Hong Kong sebagai tapak untuk berkembang ke Asia dan pasaran-pasaran Jalur dan Jalan."

En. James Lau, Setiausaha Biro Perkhidmatan Kewangan dan Perbendaharaan berkata, "Hong Kong bakal menerima inovasi dan teknologi, begitu juga FinTech, menjadikannya keutamaan dasar bagi membangunkan ekonomi yang lebih kukuh, serta bandar yang lebih sesuai didiami. Dengan peraturan perundangan Hong Kong, sistem cukai yang mudah dan rendah, infrastruktur bertaraf dunia, aliran maklumat yang bebas serta sistem pengawalseliaan mantap yang telah memperkukuh kedudukan kami sebagai pusat kewangan antarabangsa, kami menawarkan persekitaran yang membolehkan FinTech untuk meningkat maju. Rangkaian dan gabungan idea adalah amat penting untuk industri-industri inovasi termasuk FinTech dan saya berbesar hati dapat mengambil bahagian dalam delegasi bagi menyaksikan kolaborasi yang diperkukuhkan dalam semua aspek demi pertumbuhan perniagaan dan peluang pelaburan."

En. Shu-pui Li, Pengarah Eksekutif (Infrastruktur Kewangan) HKMA berkata, "HKMA berasa sukacita dapat bersama-sama menganjurkan misi ke London ini dengan Cyberport bagi mempromosikan Hong Kong sebagai lokasi ideal untuk peluang-peluang FinTech. Sebagai pusat kewangan antarabangsa terunggul, Hong Kong mempunyai segala prasyarat yang diperlukan untuk menjadi hab FinTech hasil infrastruktur pasaran kewangannya yang cekap dan andal, kedudukan hab perbankan dan pengurusan dana, serta kerangka pengawalseliaan dan perundangan yang mantap. Di sebalik prasyarat ini, Hong Kong berupaya menyediakan persekitaran yang baik untuk institusi kewangan, penyedia perkhidmatan pembayaran dan firma FinTech demi memudahkan pembangunan teknologi yang inovatif. Selain itu, jarak kedudukan, pengetahuan dan hubungan yang sedia terjalin dengan pasaran Tanah Besar China menjadikan Hong Kong sebagai batu loncatan terbaik untuk firma-firma FinTech memanfaatkan prospek FinTech yang cerah. HKMA percaya Hong Kong mempunyai segala elemen yang tepat untuk firma-firma FinTech luar negara, khususnya firma-firma dari UK, untuk mula berkembang dan meningkat maju."

Delegasi ini akan mengunjungi Accenture FinTech Innovation Lab London hari ini (waktu UK), bertemu syarikat-syarikat FinTech UK yang inovatif, selain menuntut ilmu daripada para eksekutif kanan sektor perbankan berhubung sejauh mana bank-bank mengubah lanskap industri kewangan melalui aplikasi FinTech.

Cyberport akan turut mempengerusikan sesi bertemakan FinTech dalam Simposium Think Asia Think Hong Kong yang dianjurkan oleh Hong Kong Trade Development Council pada 21 September (waktu UK).

Latar Belakang Cyberport

Cyberport ialah sebuah komuniti digital yang inovatif, memiliki lebih 900 syarikat teknologi digital. Ia diurus oleh Hong Kong Cyberport Management Company Limited, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan SAR Hong Kong. Dengan visi untuk menjadi kuasa utama dalam membangunkan industri teknologi digital sebagai pemacu ekonomi utama Hong Kong, Cyberport komited untuk memupuk belia, syarikat baharu dan usahawan untuk meningkat maju dalam industri digital melalui program inkubasi dan menghubungkan mereka dengan rakan-rakan strategik serta para pelabur, mendorong kolaborasi bersama rakan niaga dari dalam dan luar negara bagi mencipta peluang baharu, selain mempercepatkan penerimaan digital dalam kalangan PKS dan juga korporat.

Cyberport memberi tumpuan untuk membangunkan kelompok utama teknologi digital, iaitu Teknologi Kewangan (FinTech), eDagang, IoT/Aksesori Boleh Pakai dan Data Besar/AI bagi menggalakkan pembangunan Hong Kong menjadi "Bandar Pintar"; antaranya, kelompok FinTech berkembang menjadi komuniti kukuh yang terdiri daripada lebih 200 syarikat.

Bersama pasukan profesional yang komited dalam menyediakan perkhidmatan bernilai tambah yang komprehensif untuk menyokong komuniti digital kami serta pelbagai kemudahan teknologi canggih, Cyberport merupakan kemegahan industri teknologi digital di Hong Kong.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.cyberport.hk

Latar Belakang HKMA

HKMA ialah badan kerajaan di Hong Kong yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan kewangan dan perbankan. Ia ditubuhkan pada April 1993 dengan menggabungkan Pejabat Pertukaran Dana dan Pejabat Pesuruhjaya Perbankan.

Objektif-objektif dasar HKMA adalah:

  • untuk mengekalkan kestabilan mata wang dalam rangka kerja Sistem Kadar Pertukaran Terkait;
  • untuk menggalakkan kestabilan dan integriti sistem kewangan, termasuk sistem perbankan;
  • untuk membantu mengekalkan kedudukan Hong Kong sebagai pusat kewangan antarabangsa, termasuk penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur kewangan Hong Kong; dan
  • untuk mengurus Dana Pertukaran.

Untuk pertanyaan akhbar, sila hubungi:

Hong Kong Cyberport
Elsa Lee
T: +852 3166 3829
E: elsalee@cyberport.hk

Joey Chan
T: +44(0)7475606358 / +852 3166 3613
E: joeychan@cyberport.hk

HKMA
Herbert Lam
T:  +852 2878 1802
E: commsunit@hkma.gov.hk

Source: Hong Kong Cyberport Management Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Joint ventures