omniture

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2018 Bakal ke Guangzhou

Acara Industri Terbesar Dunia bakal Tonjol Peralatan Pengiklanan Canggih
International Signs and LED Exhibition
2017-09-21 22:16 835

GUANGZHOU, China, 21 September 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2018 (ISLE 2018) akan berlangsung mulai 3-6 Mac di Kawasan B, Kompleks Pameran Canton di Guangzhou, China. Lebih 1,600 pempamer selain 200,000 pengunjung dari serata dunia dijangka hadir.

Menampilkan Paparan & Aplikasi LED, Lampu LED & Teknologi Baharu, Jentera Ukiran dan juga papan iklan, ISLE 2018 akan berkhidmat untuk pembeli global sebagai platform industri premium bagi tujuan pembelian dan penyumberan papan iklan dan LED untuk industri-industri pengiklanan serta LED.

"Kami berharap pameran ini akan menawarkan peserta dengan peluang yang berharga bagi tujuan komunikasi dan kerjasama dua hala," kata En. Lee Yingjie, Pengarah ISLE. "Misi kami untuk membantu mereka memperoleh maklumat pasaran dan menerima kedinamikan industri serta teknik-teknik utama."

Zon Paparan LED Pamer Penyelesaian Premium

ISLE 2018 akan menyediakan kawasan baharu untuk Teknologi & Aplikasi Paparan Komersial, bagi menawarkan penyelesaian bersepadu. Syarikat-syarikat yang baru diketengahkan termasuk An Shan DAE WHA Display dan GKG Precision Machine Co., LTD., pembekal jentera pembungkusan LED terkemuka dan vendor pencetak tampal pateri automatik terbesar di China. Para pempamer seperti Bako, peneraju bagi peranti pelekap permukaan (SMD) & Paparan HD akan turut memperluas kehadiran mereka.

Zon Papan Iklan dan Jentera Himpun Pemimpin Industri

Zon Jentera Ukiran akan menonjolkan jenama-jenama yang tersohor di dunia melalui perkongsian strategik dengan Pameran Teknologi & Peralatan Iklan & Papan Iklan Antarabangsa Shanghai (ekspo APPP). Para pempamer dari ibu pejabat korporat termasuk Shenzhen Just Motion Control Electromechanics Co., Ltd., pencetakan Skrin Sutera, turut disertakan dalam bahagian ini.

Anugerah dalam Sektor Papan Iklan

Zon Papan Iklan, bertemakan "Tipografi di China", bakal menganjurkan siri aktiviti termasuk pertandingan, forum dan pensijilan papan iklan.

ISLE 2018 juga akan menyediakan kawasan khusus untuk Papan Iklan, Paparan & Bahan Berkaitan, Pencantuman DLP, Pencantuman LCD/PDP, Paparan Pancaran, Penunjuk Digital & Paparan Tablet, Jentera Ukiran, Lenturan & Kotak Cahaya serta Pencetakan Jet Dakwat.

Latar Belakang ISLE  

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2018, anjuran Canton Fair Advertising Co., Ltd dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp (CFTE), ialah platform penyelesaian rantaian industri LED bersepadu sepenuhnya untuk papan iklan bertaraf profesional, berkarisma dan pintar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.isle.org.cn/en/

Source: International Signs and LED Exhibition
Keywords: Advertising Computer/Electronics Machinery Trade show news