omniture

10x Future Technologies Antony Jenkins Kutip £34 juta dalam Pusingan Pendanaan Siri A

10x Future Technologies
2017-09-22 14:05 1157

LONDON, 22 September 2017 /PRNewswire/ --

  • Pusingan pelaburan dengan beberapa pelabur yang diketuai oleh Ping An dari China dan termasuk firma perunding pengurusan global Oliver Wyman ialah salah satu daripada pusingan pendanaan siri A terbesar di firma FinTech Eropah.
  • 10x Future Technologies juga mulakan perkongsian strategik dengan Ping An dan Oliver Wyman untuk pembangunan perniagaan bersama.

10x Future Technologies, perniagaan transformasi kewangan yang diasaskan oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Barclays, Antony Jenkins, telah menutup salah satu pusingan pendanaan siri A terbesar di firma FinTech Eropah  dan menyetujui pembangunan dua perkongsian strategik penting dengan firma perkhidmatan kewangan dan rundingan global terkemuka.    

Ia akan membolehkan 10x Future Technologies, yang berfungsi untuk merevolusikan perkhidmatan kewangan dengan memperkasa bank dan bukan bank untuk mengoptimumkan data dan interaksi pelanggan mereka, untuk terus membina tawaran platform digital dan memperluas ke beberapa pasaran yang paling pesat berkembang di dunia.

"Teknologi mengubah industri perkhidmatan kewangan dengan lebih cepat daripada jangkaan ramai, dan hanya syarikat yang mampu melaksanakan model perniagaan yang benar-benar digital yang responsif kepada pelanggan mereka yang akan berkekalan," kata Antony Jenkins, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif 10x Future Technologies.

"Pada masa akan datang, anda akan berurusan dengan mana-mana bank yang memudahkan hidup anda, dan 10x akan menjadi salah satu pemangkin perubahan itu. Dengan pelaburan baharu dan perkongsian baharu kami, kami dapat memacu pembangunan platform jenis baharu yang akan membuatkan perkhidmatan kewangan lebih pantas, murah dan selamat berbanding sebelumnya. Saya berbangga kerana keupayaan baharu yang penting ini sedang dibina di UK."

Dilancarkan pada bulan Oktober 2016, 10x Future Technologies menyediakan pelanggan dengan platform digital baharu yang menyatukan pelbagai sistem data yang kebiasaannya rumit dan membebankan menjadi seni bina yang padu dan tahan lama, membantu penyedia perkhidmatan kewangan mengubah cara mereka beroperasi dan berinteraksi dengan pelanggan.

10x Future Technologies terus mengembangkan kumpulannya yang pelbagai dengan bakat terbaik dari kedua-dua dunia teknologi dan perbankan, dan telah mengumpulkan kepakaran terkemuka di dunia dalam analitik data dan kecerdasan buatan sebagai sebahagian daripada pasukan pakar perkhidmatan kewangan, teknologi dan kreatifnya. Mereka telah banyak melabur dalam pembangunan reka bentuk proprietari dan seni bina data, dan kini sedang membina sebuah bank digital bagi Virgin Money Britain yang akan dilancarkan pada tahun 2018.

Platform yang sudah siap akan menempatkan pelanggan di pusat semua urus niaga dengan membolehkan penyedia perkhidmatan kewangan menawarkan produk seperti gadai janji, kad kredit, pinjaman, simpanan dan akaun semasa yang jauh lebih baik disesuaikan dengan keperluan khusus pelanggan. Syarikat ini dalam perbincangan dengan beberapa pembekal perkhidmatan kewangan lain mengenai penggunaan platform, dan juga dengan pelanggan berpotensi dari luar ekosistem perkhidmatan kewangan semasa.

Selain kutipan dana ini, 10x Future Technologies memulakan perkongsian strategik yang penting. Syarikat meneroka pembangunan perkongsian strategik dengan Ping An, salah sebuah firma perkhidmatan kewangan terbesar di China dengan 318,000 pekerja sepenuh masa, yang menyasarkan untuk memasarkan tawaran dan kemampuan 10x Future Technologies di rantau Asia, yang membolehkan firma ini berkembang ke dalam beberapa ekonomi yang paling pesat berkembang dan paling dinamik di dunia. Di samping itu, 10x telah bersetuju dengan perkongsian pembangunan perniagaan bersama Oliver Wyman, peneraju global dalam perundingan pengurusan dengan pejabat di 50+ bandar di hampir 30 negara, yang akan membantu 10x Future Technologies mengkonfigurasi platformnya apabila memasuki pasaran baharu.

Jonathan Larsen, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ping An Global Voyager Fund dan Ketua Pegawai Penerangan Kumpulan Ping An, berkata: "10x Future Technologies dan Ping An berkongsi wawasan yang sama bahawa teknologi adalah pemacu utama dalam sektor kewangan bagi menawarkan pelanggan perkhidmatan yang telah ditambah baik dengan drastik. 10x merupakan panggilan kejut untuk bank-bank di serata tempat. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan mereka dalam membawa keupayaan syarikat ke Asia, memandangkan terdapat permintaan tempatan yang besar untuk teknologi inovatif yang akan mengubah industri kewangan."

Jenkins, yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Barclays plc selama tiga tahun sehingga Julai 2015, telah berjaya menetapkan kedudukan bank itu sebagai peneraju dalam teknologi penglibatan pelanggan. Beliau telah lama percaya bahawa teknologi baharu dapat meningkatkan perkhidmatan kewangan secara dramatik untuk pelanggan, masyarakat dan penyedia perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi:

Simon Thiel dan Tom Freeman di Milltown Partners

Emel: sthiel@milltownpartners.com dan tfreeman@milltownpartners.com

Telefon: +44-(0)-79-72-630-913 or +44-(0)-0207-487-2583

Source: 10x Future Technologies
Keywords: Banking/Financial Service Venture Capital