omniture

XCMG Pamer Inovasi dan Kualiti di BICES 2017

16 Produk Baharu dan Lapan Penyelesaian Pembinaan Dipamer Perkukuh Misi Syarikat untuk Keluarkan Produk "Canggih dan Tahan"
XCMG
2017-09-22 18:38 778

BEIJING, 22 September 2017 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan terkemuka dunia, menampilkan buat julung kalinya rangkaian luas produk baharu yang inovatif dan penyelesaian pembinaan yang lengkap dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa untuk Jentera Pembinaan, Mesin Bahan Bangunan, Kenderaan dan Peralatan Pembinaan 2017 (BICES 2017) di Pusat Pameran Antarabangsa Beijing Baharu di Beijing.

16 Produk Baharu dan Lapan Penyelesaian Pembinaan Dipamer Perkukuh Misi Syarikat untuk Keluarkan Produk "Canggih dan Tahan"
16 Produk Baharu dan Lapan Penyelesaian Pembinaan Dipamer Perkukuh Misi Syarikat untuk Keluarkan Produk "Canggih dan Tahan"

Ruang pameran XCMG meliputi kawasan seluas 1,209 meter persegi (13,013 kaki persegi), yang membolehkan syarikat mempamer 16 produk rintis dan lapan penyelesaian pembinaan yang inovatif, termasuk:

  • Mesin pengisar kawalan jauh bersaiz besar pertama China;
  • platform kerja udara pintar dengan paparan masa sebenar dan sistem kawalan dibangunkan secara bebas;
  • kren 220 tan semua rupa bumi lima paksi yang menawarkan prestasi tertinggi dalam pasaran global;  
  • penggelek jalan khas pertama di China yang menggunakan teknologi pemadatan getaran tinggi frekuensi 67Hz;
  • pengorek prestasi super dengan sistem kawalan direka semula.

XCMG turut mempamerkan penyelesaian pembinaan yang lengkap bagi tujuan mengangkat, perlombongan, pembinaan jalan, konkrit, kerja timbunan tanpa gali, kawasan bawah tanah, kerja udara dan pengangkutan logistik.

"Kami berasa teruja untuk memperkenalkan produk terkini kami serta penyelesaian inovatif kepada industri di BICES 2017," kata Wang Min, pengerusi XCMG. "Selaku peneraju dalam industri selama 28 tahun, menjadi tanggungjawab kami untuk menumpu pada usaha inovasi dan pembangunan berterusan dengan matlamat untuk menyediakan produk-produk yang 'canggih dan kukuh' untuk pasaran antarabangsa."

Barisan produk komprehensif daripada XCMG telah mencapai banyak pencapaian teknologi selama bertahun-tahun, termasuk kren perangkak 4,000 tan dan kren semua rupa bumi 2,000 tan, kedua-duanya berkedudukan No.1 di dunia, yang menjadikan China sebagai negara ketiga membangunkan secara bebas kren bergerak muatan super setelah Jerman dan Amerika Syarikat.

Dalam Sidang Kemuncak Industri Jentera Pembinaan Dunia kali keempat yang diadakan di Beijing bulan ini, XCMG berada di kedudukan ketujuh dalam Yellow Table 2017, satu-satunya syarikat China yang berjaya tersenarai sebagai 10 terbaik menerusi tinjauan tahunan untuk tahun berturut-turut.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 177 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170921/1947382-1

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Transportation Trade show news