omniture

Ningbo bercita-cita tinggi rekrut bakat global

Information office of Ningbo Municipal Government
2017-09-23 04:08 837

NINGBO, China, 23 September 2017 /PRNewswire/ -- Ningbo, sebuah bandar pengilangan utama di wilayah Zhejiang, Timur China, bakal menggalakkan pertukaran berteknologi tinggi dan mencari lebih ramai bakat antarabangsa sempena Minggu Bakat, Sains dan Teknologi Ningbo 2017, mulai 23 hingga 28 September.

2017 Ningbo Talents, Science and Technology Week, Zhejiang China.
2017 Ningbo Talents, Science and Technology Week, Zhejiang China.

Minggu Bakat, Sains dan Teknologi Ningbo tahun ini akan mengadakan lima sesi utama dan 20 aktiviti selama lima hari, selain menyediakan pelbagai platform bagi tugas pemadanan dan perbincangan yang meluas.

Terdapat juga simposium pemadanan untuk bakat-bakat berkaliber tinggi dari dalam dan luar negara, pameran perdagangan untuk produk-produk canggih berteknologi tiggi, pertandingan untuk syarikat-syarikat baharu, lawatan lapangan untuk para saintis serta forum berkenaan pelbagai topik.

Acara ini akan menyokong usaha Ningbo untuk menjadi sebuah bandar pelabuhan yang terkenal di peringkat antarabangsa dan mengukuhkan kedudukannya dari segi strategi-strategi pembangunan seperti Buatan China 2025 serta Inisiatif Jalur dan Jalan.

Ningbo diangkat kepada kedudukan yang belum pernah berlaku sebelum ini memandangkan ia mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat sebagai bandar perintis pertama yang melaksanakan strategi Buatan China 2025. Ningbo memainkan peranan peting dalam sektor-sektor e-dagang rentas sempadan dan inovasi insurans negara. Memastikan kumpulan bakat yang beraneka dan mantap merupakan salah satu prasyarat asas demi memenuhi peranan negaranya terhadap masa depan Ningbo.

Biro sumber manusia Ningbo menyiarkan satu dokumen tentang perekrutan bakat di bandar tersebut, memberikan lebih banyak pengetahuan tentang pasaran kerja Ningbo. Bakat-bakat dalam sektor bahan baharu, teknologi maklumat, perkakasan rumah, bioperubatan, logistik pelabuhan dan pembuatan automobil mendapat permintaan yang tinggi.

Dianggarkan lebih 20,000 bakat termasuk 200 ahli profesional luar negara dan lebih 10,000 pelajar dari universiti-universiti tempatan utama akan menyertai acara ini bagi mencari peluang pekerjaan. Sekitar 20 ahli daripada Akademi Sains Cina dan Akademi Kejuruteraan Cina dijangka berkongsi cadangan dan nasihat.

Bagi mewujudkan persekitaran yang menarik untuk bakat-bakat ini, Ningbo turut merancang untuk memperkenalkan dasar-dasar yang lebih menarik dalam perumahan, penjagaan kesihatan dan pembiayaan bagi menjamin kepuasan terhadap kehidupan dan kerja di bandar.

Julung kali diadakan pada tahun 2006, Minggu Bakat, Sains dan Teknologi Ningbo tahunan ini memainkan peranan penting dalam menyokong usaha menarik bakat Ningbo.

Lebih 320,000 ahli profesional dari lebih 30 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam acara ini. Sejak 11 tahun lalu, lebih 26,000 individu berbakat telah direkrut, 220 cawangan dan pejabat penyelidikan ditubuhkan dan 260 perjanjian kerjasama yang bernilai 13.2 bilion yuan ($2 bilion) ditandatangani dalam acara-acara ini.

Ningbo city scene
Ningbo city scene

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170922/1949160-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170922/1949160-1-b  

 

Source: Information office of Ningbo Municipal Government
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Trade show news