omniture

Trilliant dan Saigon Hi-Tech Park Tandatangan Urus Janji untuk Projek Bandaraya Pintar Pertama di Asia Tenggara

Trilliant
2017-09-23 16:52 929

Rangkaian pencahayaan jalan pintar manfaatkan rangkaian pemeteran pintar sedia ada untuk menjadi platform bagi aplikasi bandaraya pintar lain, menempatkan SHTP sebagai model peranan bandaraya pintar serantau

RALEIGH, Carolina Utara, 23 September 2017 /PRNewswire/ -- Trilliant, penyedia global bagi IoT dan komunikasi tenaga pintar, menandatangani urus janji pada 15 Ogos dengan Saigon Hi-Tech Park (SHTP) untuk melaksanakan projek bandaraya pintar pertama di Asia Tenggara.

Trilliant akan memasang lampu diod pemancar cahaya (LED), berserta kawalan dan platform pengurusan bandaraya pintar. Sistem pencahayaan pintar akan berkomunikasi melalui rangkaian AMI sedia ada yang dimiliki oleh utiliti elektrik EVN Ho Chi Minh City, yang mempamerkan keupayaan rangkaian untuk menjadi hos pelbagai aplikasi bandaraya pintar. Dengan penambahan lampu jalan pintar pada rangkaian AMI, platform ini akan dapat menghasilkan pelbagai penyelesaian pintar berinovatif, menyediakan SHTP dengan kecekapan yang lebih tinggi, hasil tambahan, kemampanan yang lebih baik, keselamatan penduduk yang lebih baik serta menjadi tarikan untuk penduduk dan perniagaan baharu.

Menurut Navigant Research, sensor dan teknologi lain sedang ditambah pada rangkaian lampu jalan pintar, menawarkan pelbagai perkhidmatan bandaraya baharu, termasuk aplikasi keselamatan awam, pemantauan kualiti udara, pengecasan EV, pengurusan lalu lintas dan parkir pintar.

"Pelaksanaan rangkaian pencahayaan jalan pintar SHTP membolehkan platform ini mengehoskan banyak aplikasi bandaraya pintar lain, justeru menghasilkan penjimatan tenaga dan penyelenggaraan yang lebih baik," kata Bryan Spear,  pengarah urusan Trilliant Asia Pasifik.

Urus janji lampu jalan menandakan projek bandaraya pintar pertama di rantau ini dan ditandatangani di majlis yang dihadiri oleh Dr Le Hoai Quoc, Presiden, Jawatankuasa Rakyat Ho Chi Minh City Saigon Hi-Tech Park dan Douglas Jacobson, Pegawai Komersial Utama, Perkhidmatan Komersial Amerika Syarikat.

Urus janji itu merupakan satu lagi sejarah dalam pencapaian Trilliant sebagai penyedia komunikasi pintar utama di Asia Tenggara. Perjanjian dicapai hanya lima bulan selepas Trilliant dan EVN berjaya menyiapkan rangkaian komunikasi pintar AMI yang pertama di negara itu di SHTP, satu langkah asas dalam komitmen EVN untuk memajukan kecekapan, kebolehpercayaan dan kemampuan daya tenaga untuk pelanggan mereka.

"Trilliant berharap dapat terus menyokong strategi bandaraya pintar Vietnam," kata Andy White, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Trilliant. "Kami menyasarkan perlaksanaan ini untuk berfungsi sebagai templat untuk pelaksanaan kerajaan di masa hadapan."

Latar Belakang Trilliant
Trilliant® menawarkan satu-satunya Platform Komunikasi Pintar perniagaan yang luas dalam industri tenaga untuk menghubungkan internet komunikasi benda (IoT) melalui penyelesaian spektrum terbuka, pelbagai teknologi, berasaskan standard, serta selamat. Dengan pengalaman tiga dekad dan penyelesaian yang paling terbukti dan menyeluruh di dunia, Trilliant memaksimumkan grid pintar dan pelaburan bandaraya pintar serta menyediakan kendalian tersedia masa depan. www.trilliantinc.com

 

Logo: http://mma.prnewswire.com/media/171757/trilliant_logo.jpg

 

Source: Trilliant
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Utilities Licensing/marketing agreements