omniture

YCH Lancar Supply Chain City(R) Terajui Transformasi Industri Logistik dan Rantaian Bekalan

YCH
2017-09-25 10:13 642

- Ikon Rantaian Bekalan Asia baharu bernilai S$200 juta terletak di Daerah Inovasi Jurong wujudkan penanda aras baharu dalam industri rantaian bekalan & logistik, sokong segmen pertumbuhan utama Singapura, iaitu dalam penyelesaian bandar, logistik pintar dan robotik.

- Menerusi Ekosistem unik LEARN(TM), Supply Chain City dapat persiapkan Singapura untuk masa depan menerusi inovasi, penciptaan kemahiran dan penyelesaian pembiayaan rantaian bekalan.

SINGAPURA, 25 September 2017  /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi logistik tempatan Singapura, YCH Group melancarkan Supply Chain City, hubungan kecemerlangan rantaian bekalan Asia, pagi ini. Majlis disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Rangka Kerja Kemahiran untuk Logistik dan beberapa inisiatif tenaga kerja utama untuk sektor logistik turut dilancarkan dalam majlis ini.

Upacara pecah tanah diadakan pada tahun 2012 apabila Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam menonjolkan visi Supply Chain City untuk menjadi "mini Silicon Valley untuk logistik." Lima tahun kemudian, visi ini dimanifestasikan kepada kemudahan canggih berukuran 2 juta kaki persegi yang berperanan sebagai pusat utama rantaian bekalan Asia. Ia bermatlamat untuk mempercepatkan amalan terbaik industri, menyokong pertumbuhan Singapura sebagai hab logistik yang terkemuka di dunia dan menetapkan piawaian baharu demi kecemerlangan rantaian bekalan di Asia Pasifik.

Terletak di tengah-tengah Daerah Inovasi Jurong, Supply Chain City menampilkan Fusionaris® (gabungan Sistem Dapatan Automatik dan Simpanan dengan gudang yang dipertingkat sepenuhnya) berpaten yang pertama di dunia, berserta dron kiraan inventori dan robotik canggih. ASRS merupakan yang terbesar di rantau tersebut dan yang tertinggi dengan ukuran ketinggian 50m.

Melalui ekosistem LEARN proprietari di Supply Chain City, YCH Group mensinergikan pelbagai aktiviti perniagaan bagi mewujudkan komuniti yang dinamik dan bertenaga. Ia telahpun dimulakan oleh YCH Group menerusi Y3 Technologies, Supply Chain and Logistics Academy (SCALA), Supply Chain Asia (SCA) dan Supply Chain Angels (SCAngels).

"Ekosistem LEARN, digandingkan dengan teknologi canggih dalam Supply Chain City merupakan elemen utama untuk mendayakan rantaian bekalan yang tangkas dan boleh diskala yang dapat mewujudkan kelebihan daya saing untuk perusahaan global kami pada masa kini. Supply Chain City merupakan rangkuman kemungkinan yang tiada had, menonjolkan produktiviti melalui inovasi bagi mengubah industri rantaian bekalan dan logistik di Singapura serta seluruh dunia," kata Dr Robert Yap, Pengerusi Eksekutif YCH Group.

En. Max Heinemann, Ketua Pegawai Eksekutif Heinemann Asia Pasifik berkata, "Sejak mewujudkan Singapura sebagai hab serantau kami pada tahun 2012, kami telah meningkatkan pengalaman membeli belah secara bebas cukai di Asia. Hal ini terlaksana melalui sokongan hebat dan maklumat pasaran yang telah kami peroleh melalui perniagaan pengedaran kami dengan kerjasama YCH. Kami berbangga dapat mengedar dari Supply Chain City, lokasi tumpuan rantaian bekalan di Asia."

"YCH Group ialah salah satu rakan logistik serantau kami. Pelancaran Supply Chain City memperlihatkan penggunaan teknologi pengautomatan dan digital demi memenuhi keperluan pelanggan tatkala mereka berkembang di rantau ini," kata En. Gan Seow Kee, Pengerusi dan Pengarah Urusan ExxonMobil Asia Pasifik.

Supply Chain City mempunyai matlamat yang selari dengan Majlis Ekonomi Masa Depan Singapura untuk mengembangkan dan mengubah ekonomi Singapura, memacu ketersambungan dengan pelosok dunia yang lain sambil membangunkan kemahiran yang tinggi serta mengukuhkan keupayaan perusahaan tempatan. Ia juga sejajar dengan cadangan utama Hala Tuju Transformasi Industri Logistik, bagi memangkin transformasi tahap perusahaan melalui produktiviti dan inovasi.

"Supply Chain City YCH merupakan contoh penting dari segi sejauh mana perusahaan tempatan dapat mewujudkan kemudahan dan ekosistem bersepadu untuk membangunkan teknologi baharu serta kepakaran yang tinggi. Sejak beberapa dekad lalu, YCH telah menjadi peneraju dalam usaha inovasi untuk sektor logistik kami, dan berulang kali melaksanakan transformasi untuk bersaing di peringkat antarabangsa. SPRING berharap, dengan cara yang sama, lebih banyak perusahaan akan mengambil langkah untuk menerajui usaha transformasi yang serupa," kata En. Poon Hong Yuen, Ketua Eksekutif, SPRING Singapura.

Untuk pertanyaan media:

Michelle Wong
Pejabat Pengerusi Eksekutif, YCH Group
DID : (65) 6417 2785
Emel: michelle.wong@ych.com

Ivy Tan
Pejabat Pengerusi Eksekutif, YCH Group
Tel. Bimbit : (65) 9773 5975
Emel: ivy.tan@ych.com   

Untuk siaran penuh, sila rujuk http://www.ych.com/press-release/2017-09-22/

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170921/1948201-1LOGO

Source: YCH
Keywords: Computer/Electronics Transportation New products/services