omniture

Suntech Sertai Ekspo Tenaga Boleh Diperbaharui India 2017

Wuxi Suntech Power Co., Ltd.
2017-09-25 10:58 598

NEW DELHI, 25 September 2017 /PRNewswire/ -- Wuxi Suntech Power Co., Ltd. ("Suntech") mengumumkan bahawa ia menyertai Ekspo Tenaga Boleh Diperbaharui India 2017 (REI 2017) yang diadakan di New Delhi sebagai pempamer utama.

REI bermula pada tahun 2007, menyediakan peluang perniagaan untuk para profesioanal dalam bidang tenaga suria dan bidang berkaitan yang lain. Lebih daripada 30, 000 para profesional industri tenaga suria daripada 40 negara menghadiri pameran yang disertai oleh lebih daripada 1000 pengilang, penyedia perkhidmatan dan pembekal terkemuka.

Di pameran ini, Suntech mempamerkan empat modul suria istimewa:

  • Modul Poli Suria STP330-24/Vfw 5BB

Modul ini mempunyai tahap kecekapan yang sempurna pada kadar 17.0% dan maksima 1500 V DC mampu mengurangkan kos keseluruhan sistem ini. Modul ini diiktiraf untuk menampung 3800 Pa beban angin dan 5400 Pa beban salji.

  • Modul Poli Suria Dwi Kaca STP330-24/Vej

Dengan struktur kaca-kaca modul ini mampu memanjangkan jangka hayat. Keperluan tapak yang sedikit mengurangkan kos BOS. Ia juga menawarkan jaminan produk selama 12 tahun dan jaminan prestasi linear selama 30 tahun. Sesuai untuk projek pertanian dan perikanan.

  • Modul Mono Suria HyPro STP305S-20/Wfw 5BB

Dengan teknologi PERC yang maju, sel ini mencapai kecekapan yang lebih tinggi. Modul ini mempunyai kecekapan yang sempurna pada tahap 18.6%. Teknologi sel yang maju dan bahan yang diiktiraf meningkatkan tahap ketahanan terhadap PID.

  • Modul Mono Separuh Sel Suria HyPro STP370S-24/Vfh HyPro Mono Half Cell Solar

Dibandingkan dengan produk normal, kuasa yang dihasilkan meningkat sebanyak 10W. Modul ini mampu mengurangkan titik panas dan mengurangkan degradasi panel. Dengan prestasi lampu lemah yang cemerlang, ia mampu memaksimumkan penghasilan kuasa.

Pada 21 September, Suntech telah mengadakan satu acara pelanggan di New Dehli yang telah menarik 200 pelanggan, "Kami mula bekerjasama bersama pelanggan India dan membekalkan modul PV sejak awal 2009," kata En. He Shuangquan, presiden Suntech. "India ialah negara yang menggunakan banyak tenaga dengan prospek yang hebat untuk pembangunan sumber tenaga yang baharu, Suntech akan mempercepatkan susun atur pasaran India dan menyepadukan sumber tempatan, yang akan meningkatkan reputasi pasaran dan pengaruh jenama dalam pasaran tempatan," REI 2017 bermula pada 20 September sehingga 22 September. Pihak yang berminat boleh melawat Suntech di gerai 10.96

Source: Wuxi Suntech Power Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities