omniture

Perakam-Swafoto Hebat Vivo, V7+, Tiba di Seluruh Asia

Telefon pintar bergaya dan canggih yang memenuhi keperluan gaya hidup orang muda
Vivo
2017-09-26 08:13 1252

BEIJING, 26 September 2017 /PRNewswire/ -- Vivo, jenama telefon pintar berjiwa muda yang terkemuka di dunia, hari ini meraikan pelancaran produk terkininya, V7+, di seluruh Asia ekoran kejayaan penampilan sulungnya di India pada 7 September 2017. Direka khusus untuk orang muda dan golongan profesional muda, ia menampilkan kamera hadapan 24MP yang pertama dalam industri dengan denyar LED, berserta Paparan FullView™. V7+ merupakan contoh terkini komitmen Vivo untuk memperkasa pengguna menerusi ekspresi diri dan merakam kenangan melalui teknologi canggih.

Perakam-Swafoto Hebat V7+ Vivo
Perakam-Swafoto Hebat V7+ Vivo

"Meneruskan kejayaan besar kami di China, kami berasa teruja untuk memperkenalkan V7+ kepada pengguna di Asia yang mencari produk yang benar-benar dapat mengekspresikan diri mereka dari segi sosial mahupun profesional," kata Alex Feng, Naib Presiden Kanan Vivo. "Pemahaman kami tentang pengguna Asia adalah amat penting untuk kejayaan Vivo setakat ini. Kami yakin kami berada di landasan yang betul ke arah merealisasikan cita-cita kami untuk membawakan produk dan teknologi berkualiti tinggi serta canggih bagi menginspirasikan dan memperkasa lebih ramai pengguna seluruh dunia."

Sejak penembusan pertamanya dalam pasaran antarabangsa pada tahun 2014, Vivo berdedikasi untuk memahami keperluan pengguna melalui usaha penyelidikan mendalam dengan matlamat untuk membawakan produk-produk yang inovatif dan bergaya yang dapat memenuhi gaya hidup serta keperluan mereka. Kamera hadapan 24MP V7+ Vivo dan Paparan FullView™ membolehkan pengguna generasi baharu, yang celik media dan gemar mengekspresikan diri mereka, untuk mengambil swafoto yang lebih jelas serta rakaman sempurna, yang benar-benar mengekspresikan diri mereka dan merakam kenangan penting pada setiap sudut, bila-bila masa, di mana-mana jua. Pengguna di Filipina akan berpeluang membeli V7+ bermula pada 20 September, diikuti dengan pasaran-pasaran SEA yang lain. Harga runcit masing-masing bakal diumumkan setelah ketersediaan produk dalam pasaran-pasaran tempatan.

Sebagai jenama yang melambangkan tenaga muda, kegembiraan dan inovasi sebagai sifat-sifat jenamanya, Vivo menjadi penaja telefon pintar rasmi bagi FIFA World Cup™ 2018 dan 2022, meneruskan usaha untuk membawakan pengalaman yang jelas dan menginspirasikan bagi menghubungkan orang muda di seluruh dunia melalui sukan. Pada tahun 2015, Vivo merupakan penaja gelaran bagi Liga Perdana India (IPL). Pada tahun 2016, Vivo memeterai perjanjian strategik dengan NBA China sebagai Penaja Telefon Bimbit Rasminya, mengundang bintang handalan NBA Stephen Curry untuk menjadi duta produk Xplay6 kemegahan Vivo.

Kini, Vivo menggaji 20,000 kakitangan penyelidikan & pembangunan (R&D) khusus dan 3,000 jurutera di tujuh pusat R&D seluruh dunia, termasuk dua di Amerika Syarikat (Silicon Valley dan San Diego), selain lima di China (Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Hangzhou dan Beijing).

Menurut kajian terkini daripada Gartner, Vivo menduduki kedudukan kelima bagi jualan telefon pintar global pada Suku Kedua Tahun 2017 dari segi jumlahnya dengan 6.6% bahagian pasaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Vivo V7+ dan teknologi-teknologi lain daripada Vivo yang utama dalam industri, layari: http://www.vivoglobal.com/product.html

Latar Belakang Vivo  

Vivo, sebuah jenama telefon pintar berjiwa muda yang terkemuka di dunia dan diasaskan pada tahun 2009, membangunkan produk-produk telefon pintar yang dinamik dan bergaya menerusi keupayaan kamera yang inovatif dan bunyi berkualiti tinggi untuk pengguna kami yang yakin dan ekspresif, membolehkan mereka merakam seluruh detik indah kehidupan, mengekspresikan diri mereka serta berkongsi kegembiraan bersama insan lain. Vivo berdedikasi dalam mengejar kesempurnaan dan terus mencipta kejutan buat pengguna melalui usaha inovasi yang berterusan. Kami merupakan jenama pertama yang melancarkan telefon pintar dengan cip Hi-Fi khusus, memberikan pengalaman audio premium kepada pengguna. Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2018, Vivo percaya terhadap kepentingan untuk menggalakkan orang muda untuk menerima ekspresi diri dan gaya hidup bertenaga dan akan meneruskan perkongsian bermakna dengan jenama-jenama utama serta rakan-rakan kongsi, bermula daripada aspek gaya hidup, sukan dan banyak lagi, dengan tujuan untuk membawakan pengalaman unik yang eksklusif kepada pengguna Vivo.

Vivo berkembang pantas dalam pasaran-pasaran di Asia Tenggara dan kini berada di Bangladesh, Kemboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Vivo menduduki kedudukan kelima dalam senarai IDG bagi "Jenama-jenama Telefon Pintar Global Terkemuka 2016-2017".

Maklumat lanjut tentang telefon pintar inovatif kami boleh ditemui di www.Vivo.com/en

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170919/1944518-1

Source: Vivo
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services