omniture

CEWE Pilih Pemenang Pertandingan Fotografi Terbesar Dunia "Dunia Kita Indah"

CEWE
2017-09-26 09:00 430

OLDENBURG dan LEIPZIG, Jerman, 26 September 2017 /PRNewswire/ -- Pada hari Jumaat, 22 September, para pemenang pertandingan fotografi terbuka yang paling besar diadakan di dunia pada tahun 2017, "Dunia kita indah" ("Our world is beautiful"), terpilih dalam Muzium Fotografi Jerman di Markkleeberg berhampiran Leipzig. Lebih 183,000 foto dihantar untuk pertandingan ini, anjuran pakar pencetak foto yang terkemuka dan rakan cetakan dalam talian komersial CEWE, oleh lebih 22,000 peserta. Dengan banyak motif unik yang dihantar, Janne Kahila dari Finland berjaya menjadi juara menerusi foto Kepulauan Faroe beliau untuk meraih Anugerah Fotografi CEWE.

generated by system

generated by system

Para peserta diminta untuk menghantar foto mengikut kategori-kategori "Sukan", "Manusia", "Lanskap", "Seni Bina", "Pengangkutan dan Prasarana" serta "Alam Semula Jadi". Dr. Christian Friege, Pengerusi Lembaga Pengurusan CEWE, memberi penghormatan kepada keenam-enam pemenang mengikut kategori mereka dan menyampaikan Anugerah Fotografi CEWE kepada pemenang keseluruhan. Setiap seorang berjaya menambat hati juri menerusi pandangan peribadi terhadap keindahan dunia. Juri dapat merasakan Janne Kahila memahami moto pertandingan dengan begitu tepat menerusi foto beliau, yang menggambarkan keindahan dunia dalam kontras menarik antara darat dan lautan serta cahaya dan kegelapan. Sebuah gereja kecil di puncak bukit merupakan satu-satunya elemen yang menonjolkan pengaruh manusia yang mencemarkan alam semula jadi yang masih belum terusik itu. Warga Finland itu turut mengulas tentang foto beliau: "Kita semua mempunyai tempat kegemaran di suatu tempat di Bumi ini, yang begitu inginkan kita datangi. Lokasi kegemaran saya ialah di pinggir Pulau Kalsoy yang terletak di Kepulauan Faroe."

Pada tahun 2018, "Dunia kita indah" bakal diteruskan ke peringkat selanjutnya. Mereka yang berminat akan diberi perkembangan lanjut melalui http://www.cewe-fotobuch.de/wettbewerbe/fotowettbewerbe.html.

Maklumat lanjut di company.cewe.de/en/press/german-press-releases.html.

Maklumat perhubungan akhbar:
CEWE Stiftung & Co. KGaA
Dr. Christine Hawighorst

Tel.: +49-441-404-5301            
Emel: presse@cewe.de
Internet: http://www.cewe.de

Source: CEWE
Keywords: Art Awards