omniture

Penerima Audio Baharu Pioneer Berikan Yang Terbaik dalam Pengalaman dan Nilai Hiburan

Pioneer Electronics
2017-09-26 16:10 1098

SINGAPURA, BANGKOK dan JAKARTA, Indonesia, 26 September 2017 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics Asia Centre, peneraju bagi audio kereta terhubung selepas jualan, hari ini mengumumkan penerima audio 2018 yang terkini, dicipta untuk memberikan pengalaman hiburan yang lebih hebat, ciri-ciri yang inovatif dan nilai yang menarik. Menerusi 6 model, diterajui oleh penerima CD DEH-S5050BT berkualiti terbaik, penyelesaian Pioneer sentiasa bersedia untuk memenuhi pelbagai keperluan pemandu masa kini.

Turut melengkapi rangkaian penerima CD tersebut ialah 1-DIN DEH-S4050BT, DEH-S2050UI, DEH-1053UB, DEH-S1050UB. Pioneer turut memperkenalkan penerima media digital MVH-S105UI.

"Pioneer, jenama yang dipercayai, telah menjadi jenama terkenal apabila dikaitkan dengan audio kereta. Kami benar-benar berminat dengan bunyi dan mempunyai warisan inovasi yang mantap. Dengan mengaplikasikan teknologi dan kepakaran Pioneer yang terkumpul selama bertahun-tahun, kami berupaya untuk terus menambah baik pengalaman audio dalam persekitaran dalam kereta," kata En. Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan Perniagaan dan Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Centre. "Menerusi penerima CD dan multimedia tahun 2018 ini, kami menjadikan bunyi yang lebih hebat dan ketersambungan telefon pintar yang lancar boleh diakses walaupun bagi pemilik kereta yang mementingkan bajet."

DEH-S5050BT
DEH-S5050BT

 Berikut adalah ciri-ciri baharu penerima audio Pioneer 2018:

BERKONGSI KANDUNGAN KINI LEBIH MUDAH

Pengurusan peranti Bluetooth kini amat mudah dengan memperkenalkan Hab Bluetooth ARC. Melalui aplikasi mudah alih ARC Pioneer, pengguna boleh menambah dan menanggalkan peranti Bluetooth dengan mudah, menukar mod sambungan Bluetooth (audio tanpa wayar, panggilan bebas tangan atau kedua-duanya), serta memilih telefon berbeza bagi mengakses kandungan untuk main balik muzik.

ARC Bluetooth Hub’s intuitive user interface
ARC Bluetooth Hub’s intuitive user interface

 

Pioneer ARC
Pioneer ARC

Selain itu, semua model penerima berdasarkan Bluetooth kini menyokong sehingga 10 telefon pintar – meningkat sekali ganda berbanding angka terdahulu – agar setiap orang boleh berhubung dengan unit utama, mengurangkan keperluan untuk sentiasa memadam dan memasangkan peranti disebabkan oleh slot yang terhad. Masa pemuatan awal untuk mendapatkan semula nombor telefon pada telefon pintar turut berkurangan dengan ketara sebanyak hampir 95%, kurang daripada 180 saat hingga 10 saat bagi 1,000 entri.

MESIN KARAOKE PERIBADI DI MANA JUA

Pengguna boleh mengubah DEH-S5050BT menjadi mesin karaoke mudah alih dalam empat langkah mudah. Apa yang perlu mereka lakukan ialah menekan dan menahan butang Carian, menyambungkan mikrofon kepada bicu tambahan, memilih runut bunyi daripada sumber-sumber digital seperti USB dan Spotify, dan meningkatkan kelantangan mikrofon melalui menu pada unit utama. Kedua-dua input akan digabungkan secara automatik.

BASS ATAS-PERMINTAAN YANG LEBIH HEBAT DAN LEBIH MENDALAM

DEH-S5050BT dan DEH-S4050BT, FH-S705BT dilengkapi dengan fungsi Peningkat Bas Dinamik baharu, yang dapat diaktifkan dengan mudah melalui butang khas. Dua tahap peningkatan (tinggi dan rendah) memberikan keanjalan yang tiada tandingan bagi melengkapi genre muzik yang berbeza, manakala EQ Bass Super dan kawalan kekuatan juga boleh digunakan untuk menyesuaikan output bass.

KETERSAMBUNGAN DAN KEBOLEHGUNAAN LUAR BIASA

Skrin LCD 255-segmen yang dinaik taraf membolehkan pengguna mengawal sepenuhnya dengan memaparkan lebih banyak maklumat, bermula dengan paparan masa kepada paparan sumber yang sedang dimainkan. Pioneer menambah pasangan auto USB melalui aplikasi ARC, menjadikan kebolehan menghubungkan telefon ini lebih lancar berbanding sebelum ini. Sementara itu, keserasian untuk iPhone 5, 6 dan 7 terus dipertingkat dengan sokongan dan pensijilan iAP2.

Sorotan dan teknologi proprietari lain termasuk:

  • Penyama grafik 13-jalur
  • Ciri main balik fail FLAC 96kHz/24-bit
  • Sokongan penstriman muzik Spotify®
  • Advanced Sound Retriever®
  • Teknologi DJ MIXTRAX®

Penerima CD dan media digital Pioneer baharu ini kini boleh didapati di pengedar-pengedar sah Pioneer. Memandangkan ketersediaan produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat Pioneer tempatan anda bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Imej-imej resolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://www.dropbox.com/sh/qpxl0efnfhjcrby/AADqnlPnu0e2aYQl5OHg0A2ca?dl=0

Untuk maklumat terkini tentang produk-produk ini, sila layari halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Nota-nota tambahan:

       i.        Jangan gunakan sistem Pioneer anda jika penggunaannya akan mengalih perhatian anda dengan apa jua cara daripada mengendalikan kenderaan secara selamat. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu memandu mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian terpakai, ia mestilah dipatuhi.

      ii.        Penerima CD dan Media Digital Pioneer serasi dengan telefon pintar Android dan iPhone tertentu sahaja.

     iii.        Fungsi Bluetooth® memerlukan telefon mudah alih berdasarkan Bluetooth yang serasi.

    iv.        Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti berdasarkan Bluetooth yang serasi, dan/atau fungsi ciri-ciri sedemikian mungkin terhad dalam peranti tertentu atau syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.

    v.        Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan besar USB, dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar, atau peranti lain ketika menggunakan penerima tersebut.

    vi.        Maklumat untuk menghubungkan telefon pintar Android dengan USB Type-C™ kepada penerima Pioneer -- Penerima audio dan multimedia yang mempunyai ciri-ciri main balik media Android dan kawalan melalui AOA dan/atau MTP disyorkan agar penerima audio atau multimedia disambungkan terus kepada telefon hanya menggunakan CD-CU50, atau kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m).

   vii.        Apple, iPhone merupakan tanda dagangan Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.

  viii.        Android, dan tanda lain merupakan tanda dagangan Google Inc. Robot Android dikeluarkan semula atau diubah suai daripada hasil kerja yang dibuat dan dikongsi oleh Google dan digunakan menurut terma-terma yang dinyatakan dalam Lesen Atribusi 3.0 Creative Commons.

   ix.        BLUETOOTH ialah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.

    x.        SPOTIFY dan logo Spotify merupakan antara tanda dagangan berdaftar Spotify AB. Peranti digital mudah alih yang serasi dan langganan premium diperlukan, bagi mengetahui lokasi yang disediakan, lihat http://www.spotify.com.

     xi.        Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer bermatlamat untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1942077-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1942077-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1942077-1-c
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1871433-1LOGO

Source: Pioneer Electronics
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services