omniture

Official Airline Ratings APEX Namakan Aeroflot Penerbangan Global Lima Bintang

Aeroflot
2017-09-27 06:26 581

MOSCOW, 27 September 2017 /PRNewswire/ --

Aeroflot - Penerbangan Rusia telah diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Global Lima Bintang 2018 dalam Official Airline Ratings™ Apex.  Penghormatan itu diberikan kepada Aeroflot semalam di Anugerah EXPO APEX di Long Beach, California.

Official Airline Ratings™ adalah program penarafan pertama industri yang berdasarkan hanya pada maklum balas penumpang yang disahkan. APEX (Persatuan Pengalaman Penumpang Penerbangan) ialah organisasi keahlian bukan untung berusia empat dekad terdiri daripada syarikat penerbangan terkemuka dunia, pembekal industri, kumpulan media utama dan pemimpin industri penerbangan berkaitan yang ditugaskan untuk meningkatkan pengalaman penumpang.

Aeroflot diiktiraf semasa Majlis Anugerah APEX EXPO di Long Beach, yang dihoskan oleh Brian Kelly, The Points Guy.

Untuk mengumpul maklumat Official Airline Ratings™, APEX mencari rakan teknologi  berkecuali-industri yang akan mengumpul jadual perjalanan yang disahkan oleh geo-lokasi dan diperakui oleh juruaudit luar. Dengan memanfaatkan aplikasi mudah alih TripIt yang digunakan oleh berjuta-juta pelancong di seluruh dunia, Official Airline Ratings™ menganalisis maklum balas penumpang pada 470 syarikat penerbangan di seluruh dunia di sepanjang 31 Julai 2017. Pengembara penerbangan telah disahkan daripada jadual perjalanan dan lokasi geografi yang disahkan di peranti mudah alih.

Hanya 12% syarikat penerbangan di seluruh dunia yang menerima status Lima Bintang 2018.

Syarikat penerbangan dikategorikan sebagai  Syarikat Penerbangan Global, Syarikat Penerbangan Serantau Utama, Syarikat Penerbangan Komuter dan Syarikat Penerbangan Kos Rendah. Aeroflot diiktiraf dalam kategori Syarikat Penerbangan Global.

Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot, Vitaly Saveliev berkata: "Kami bangga kerana pengalaman penumpang Aeroflot telah dianugerahkan status Lima Bintang oleh sebuah organisasi terkemuka di Amerika Syarikat, pasaran perjalanan udara terbesar di dunia. Penarafan APEX bakal menjadi pengiktirafan AS yang dikenali di seluruh dunia. Penarafan ini berdasarkan pengundian terhadap kepuasan penumpang global dari berjuta-juta pelanggan di seluruh benua, dengan memanfaatkan teknologi digital terkini. Penghormatan ini merupakan pengiktirafan yang dialu-alukan bagi usaha kami dan mengiringi beberapa anugerah lain yang kami terima baru-baru ini  yang mengiktiraf kepimpinan kami dalam pasaran Eropah. "

Pada tahun 2016 Aeroflot telah dianugerahkan status Penerbangan 4 Bintang oleh syarikat perundingan British Skytrax, badan berkuasa kualiti penerbangan terkemuka di dunia. Terdahulu tahun ini, kami memilih Aeroflot sebagai Syarikat Penerbangan Utama Terbaik di Eropah dan Kelas Perniagaan Terbaik di seluruh dunia.

Latar Belakang Aeroflot

Aeroflot adalah syarikat penerbangan utama Rusia dan berbangga menjadi ahli persekutuan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot dan rakan-rakannya berkhidmat ke 1,074 destinasi di 177 negara di seluruh dunia. Pada 2016, Aeroflot membawa 29 juta penumpang (43.4 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk anak syarikat).

Aeroflot menjadi syarikat penerbangan pertama Rusia yang dianugerahkan status Penerbangan Empat Bintang oleh Skytrax sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi. Pada tahun 2017, Aeroflot dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur untuk kali keenam di Anugerah Syarikat Penerbangan Skytrax.

Pada tahun 2017, Aeroflot dinamakan jenama paling hebat di Rusia dan jenama penerbangan terkukuh di dunia oleh syarikat perundingan penilaian dan  strategi terkemuka Brand Finance. Aeroflot juga dinamakan Syarikat Penerbangan Utama Terbaik di Eropah oleh pelancong TripAdvisor dan diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Antarabangsa Kegemaran di China di Majlis Anugerah Flyer 2017.

Aeroflot mengendalikan salah satu flit termuda di dunia dengan 202 pesawat. Aeroflot terletak di Moscow, di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Aeroflot adalah antara peneraju global dalam keselamatan penerbangan, dengan Indeks Penilaian Keselamatan Pesawat Asing  (SAFA) Komuniti Eropah, parameter keselamatan utama yang diiktiraf di seluruh dunia, setanding dengan  syarikat-syarikat setara sedunia.

Penerbangan Rusia yang pertama memasuki daftar Audit Keselamatan Pengendalian (IOSA) IATA, memperbaharui pendaftarannya untuk kali ketujuh pada tahun 2017, Aeroflot telah berjaya melepasi Audit Keselamatan IATA untuk  Pengendalian Darat (ISAGO) dan mematuhi sepenuhnya ISO 9001: 2015, ISO 14001 : 2004.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/

Source: Aeroflot
Related Stocks:
RTS:AFLT
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Awards