omniture

Empat upacara peringatan China, "Wen, Wu, Yan dan Huang", pamer warisan tamadun Cina

The Linzi District Events Office
2017-09-27 09:23 1136

ZIBO, China, 27 September 2017 /PRNewswire/ --Satu majlis gilang gemilang merayakan ulang tahun ke-3,156 kelahiran Jiang Ziya telah diadakan di Daerah Linzi, Zibo, Wilayah Shandong, pada 12 September 2017. Zibo ialah ibu negara bekas Kerajaan Qi. Ribuan keturunan Jiang Ziya dari seluruh dunia menghadiri acara ini untuk memberi penghormatan dan menyanjungi nenek moyang keturunan mereka yang terkenal.

Mengapa tamadun China, sejak lima ribu tahun lalu, masih wujud pada hari ini? Kesimpulan yang diberikan oleh Pejabat Majlis Daerah Linzi adalah negara China mempunyai akar umbi yang mendalam. Perkataan "tanah air", iaitu bagaimana China dirujuk dalam bahasa Cina apabila membicarakan warisan rakyatnya dan hubungan rakyatnya kepada warisan tersebut, merujuk kepada pengetahuan umum bahawa pada awal sekali sekelompok manusia merupakan nenek moyang kepada setiap orang Cina yang hidup pada hari ini, sementara konsep dan kewujudan negara adalah sesuatu yang datang kemudiannya. Penyembahan nenek moyang, aspek budaya dan tamadun China yang sangat penting, adalah tentang ketaatan kepada keluarga – menghormati ibu bapa dan orang tua - dan ingatan dan majlis memperingati yang kuat terhadap nenek moyang. Orang Cina tidak sepatutnya lupa dari mana datang kebahagiaannya. Budaya Cina penuh dengan kewajipan moral berasaskan ketaatan kepada keluarga yang harus dipenuhi oleh keturunan mereka dengan menghormati dan menyanjungi nenek moyang mereka.

Dalam tempoh 5,000 tahun yang lalu, mengenang nenek moyang seseorang telah menjadi suatu kemestian apabila meneroka sejarah. Hari ini, penyembahan nenek moyang telah menjadi elemen terpenting dari sudut pandangan sejarah.

Dari segi tradisi kebangsaan dan kepentingan relatif setiap tradisi, empat upacara peringatan China boleh disimpulkan dalam empat perkataan, "Wen, Wu, Yan dan Huang".

Tarikh dan tempat bagi empat upacara peringatan:

1.      Wen: Upacara peringatan Confucius di Qufu, Shandong, Tarikh: 28 September, Tempat: Kuil Confucius, Qufu.

2.      Wu: Upacara peringatan Jiang Ziya di Zibo, Shandong, Tarikh: 12 September, Tempat: Kuil Peringatan Jiang Taigong, Linzi.

3.      Yan: Upacara peringatan Makam Maharaja Yan di Zhuzhou, Hunan, Tarikh: Sambutan Hari Kesembilan Bulan Kesembilan (pada tahun 2017, jatuh pada 28 Oktober), Tempat: Makam Maharaja Yan, Wilayah Yanling.

4.      Huang: Upacara peringatan Maharaja Kuning di Huangling, Shaanxi, Tarikh: Perayaan Qingming (pada tahun 2018, jatuh pada 5 April), Tempat: Makam Maharaja Kuning, Qiaoshan.

 

Source: The Linzi District Events Office
Keywords: Art Banking/Financial Service