omniture

Hikayat Raja Monyet di Resorts World Genting

Resorts World Genting
2017-09-27 13:34 629

Pertunjukan teater akrobatik yang menakjubkan dengan teknologi 3D bermula 11 November 2017 hingga 1 Januari 2018

GENTING HIGHLANDS, Malaysia, 27 September 2017 /PRNewswire/ -- Pengembaraan Raja Monyet: Tongkat Emas Sakti, sebuah produksi teater hebat yang berjaya memikat hati penonton bakal kembali dan kali ini di Resorts World Genting.

Adventures of the Monkey King: The Golden Hooped Rod at Resorts World Genting starting from 11 November 2017 to 01 January 2018
Adventures of the Monkey King: The Golden Hooped Rod at Resorts World Genting starting from 11 November 2017 to 01 January 2018

Persembahan teater ini merupakan satu produksi yang diolah semula daripada kisah hikayat Raja Monyet, dan ia menjanjikan pengalaman mendebarkan dengan pertunjukan akrobatik yang menakjubkan dengan gabungan kesan khas 3D.

Kevin Tann, Naib Presiden Promosi & Hiburan Resorts World Genting menerangkan, 'Setiap tahun, pihak Resorts World Genting ingin membawa sesuatu yang baharu, berbeza dan menarik apabila tiba musim cuti persekolahan buat para pelawat yang berkunjung ke Resorts World Genting'.

Pada akhir tahun ini, Resorts World Genting dengan bangganya akan membawa Kumpulan Akrobatik Nanjing dengan persembahan teater 3D, 'Pengembaraan Raja Monyet : Tongkat Emas Sakti'.

Pertunjukan ini masih baru dan mereka hanya bermula pada tahun 2016 di China. 'Saya ingin memberi jaminan kepada para penonton bahawa setiap ahli kumpulan akrobatik ini terdiri daripada mereka yang profesional dan telah menyertai banyak pertunjukan besar di pelbagai negara. Mereka pada awalnya merancang untuk mengadakan pertunjukan di China sebelum beraksi di peringkat antarabangsa, namun selepas melihat persembahan mereka, kami telah memujuk kumpulan ini untuk membuat persembahan di Malaysia. Percayalah, persembahan mereka memang luar biasa' tambah Kevin Tann.

Raja Monyet adalah kisah mitos penggembaraan ke Barat dan ia merupakan salah satu novel klasik negara China yang paling popular. 'Pengembaraan Raja Monyet : Tongkat Emas Sakti' akan bermula dari 11 November 2017 hingga 1 Januari 2018. Ia menceritakan kisah antara baik melawan kejahatan yang mampu menarik minat penonton.

Bakal dipertonton di Genting International Showroom, persembahan berdurasi 65 minit itu dijadualkan berlangsung setiap hari pada pukul 9 malam dengan pertunjukan tambahan pada pukul 4 dan 5 petang serta 8 malam pada tarikh-tarikh terpilih.

Pertunjukan teater ini akan membawa penonton mengimbau kembali keindahan seni persembahan dan kebudayaan teater. Ia juga menjadi saksi pertembungan antara baik dan jahat yang tidak pernah lapuk dengan jalan cerita menarik.

Dipersembahkan oleh bakat-bakat dari seluruh negara China yang pakar dalam pertunjukan akrobatik. Mereka juga merupakan ahli-ahli Seni Persembahan Akrobatik Kebangsaan. Walaupun plot cerita boleh dijangka, namun ia tetap dipersembah dalam persembahan paling mendebarkan.

Penolong Pengurus Besar Nanjing Acrobatic Troupe, Encik An Nan memberikan pengenalan ringkas mengenai syarikat dan pertunjukannya. Dia berkata, 'Nanjing Acrobatic Troupe ditubuhkan pada tahun 1957, dan telah wujud selama 60 tahun.

Ia bukan perkara mudah untuk melatih bakat-bakat baru dalam bidang ini. Dengan kerja keras dan berkat ketabahan, kami telah menjelajah di kebanyakan negeri di China. Kami juga telah pergi ke lebih 40 buah negara termasuk Amerika Syarikat, UK, Perancis, Itali dan Rusia.

Kumpulan ini telah memenangi pelbagai anugerah daripada pertandingan akrobatik dan juga diberi penghormatan tertinggi di beberapa festival termasuk hadiah 'Président de la République di Festival Mondial du Cirque de Demain (Worldwide Festival of the Circus of Tomorrow).'

Pertunjukan akrobatik telah wujud lebih dari dua ribu tahun dan ia merupakan aksi mencabar keupayaan tubuh. Dengan pergerakan akrobatik, muzik dan tarian serta silap mata dan teknologi 3D, persembahan 'Pengembaraan Raja Monyet : Tongkat Emas Sakti' merupakan satu pertunjukan yang menakjubkan di Resorts World Genting pada November ini.

Mengadaptasi kisah Raja Monyet, pertunjukan ini pernah dipentaskan  di Pusat Seni Budaya Nanjing, Pusat Kebudayaan Artistik Lian Yun Gang, Istana Nanjing Sun dan Teater Shanghai Poly  sejak tahun 2016 dan menerima sambutan hebat. Ini akan menjadi persembahan pertamanya di luar dari negara China.

Kisah ini bermula selepas Raja Monyet memperoleh tongkat emas sakti dari Laut China Timur. Pada masa yang sama musuh tongkat itu, Chi You telah dibebaskan dan sekarang dia ingin memusnahkannya.

Bagi menewaskan Chi You, Raja Monyet dan tongkat emas sakti perlu bersatu dan terpaksa menjalani latihan mana yang mampu bagi meningkatkan tenaga dalaman. Raja Monyet berjaya menguasainya tetapi tongkat itu kemudian mendedahkan kelemahannya dan ia diketahui oleh Chi You.

Akhirnya, Chi You berjaya mengumpan tongkat itu kembali ke Laut Pantai Timur dan memenjarakannya. Ia telah membawa kepada pertembungan antara Raja Monyet dan Chi You.

Harga tiket untuk pertunjukan berharga RM176 (VIP), RM136 (PS1) dan RM96 (PS2). Ahli Kad Ganjaran Genting (GRC) akan menikmati diskaun sebanyak 10%.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60 3-6101 1118 atau layari www.rwgenting.com.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170925/1950333-1

Source: Resorts World Genting
Related Links:
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services