omniture

Mumford & Sons Sertai Calvin Harris & P!Nk sempena Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam Abu Dhabi Grand Prix

Yas Marina Circuit
2017-09-27 18:30 494

ABU DHABI, United Arab Emirates, Sept. 27, 2017 /PRNewswire/ --

Penyanyi Rock British Mumford & Sons sahkan buat persembahan pada malam Sabtu sempena Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam 

Ekoran penantian yang amat ditunggu-tunggu, Litar Yas Marina dan FLASH Entertainment hari ini bersama-sama mengumumkan satu lagi artis terkenal antarabangsa yang akan turut serta membarisi senarai bintang handalan dalam Konsert Selepas Perlumbaan Yasalam tahun ini.

generated by system

Hiburan muzik bertaraf dunia sepanjang empat malam ini akan berlangsung di du Arena, Pulau Yas, sempena FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2017.

Turut diumumkan bahawa pada hari Sabtu, 25 November, kumpulan rock alternatif dari UK Mumford & Sons mengesahkan untuk turut membuat persembahan. Kumpulan ini akan mengadakan pertunjukan hebat, setelah menguasai seni menghibur di depan khalayak yang ramai dan turut membarisi bintang handalan dalam Festival Glastonbury dan membuat persembahan untuk 65,000 penonton di Hyde Park. Kumpulan ini akan menghiburkan khalayak dengan lagu-lagu kegemaran ramai seperti 'Believe' 'The Wolf' 'The Cave', 'I Will Wait' dan 'Little Lion Man'.

Tiga album studio mereka yang terdahulu berjaya menggemparkan senarai carta UK dan AS, dan Mumford & Sons turut meraih sejumlah besar anugerah muzik utama sepanjang kerjaya mereka, termasuk 'Kumpulan British Terbaik' sempena Anugerah Brit dan Anugerah Grammy yang amat didambakan bagi kategori 'Album Terbaik Tahunan'.

Al Tareq Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Yas Marina berkata: "Pengumuman hari ini menjadi permulaan acara Abu Dhabi Grand Prix tahun ini dan kami dapat merasakan keseronokan yang telahpun bermula."

"Dengan pengumuman artis terkini ini, kami telah membariskan hiburan luar biasa selama empat hari kepada ribuan penonton yang hadir dari lebih 170 negara. Tahun ini, kami turut memperkenalkan inisiatif baharu bagi meningkatkan pengalaman kepada tahap baharu, menerusi penambahan Kids Go Free, F1® Experiences dan penaiktarafan Golden Circle selain inisiatif terdahulu yang menjadi kegemaran seperti GP Parks."

"Sewaktu kami membuat pengumuman ini, tiket-tiket Abu Dhabi Grand Prix pertama telah mula diserahkan kepada para peminat sukan lumba seluruh dunia, dan semua inilah yang menambahkan keseronokan kepada perlumbaan yang bakal berlangsung hujung minggu ini."

Tiket-tiket boleh didapati secara dalam talian di http://www.yasmarinacircuit.com, melalui Pusat Panggilan Litar Marina Yas (800 927) atau +971(0)2-659-9800.

Sumber: Yas Marina Circuit

Source: Yas Marina Circuit
Keywords: Entertainment Music Sporting Events Sports