omniture

Daerah Bersejarah Linzi Seru Pereka Dunia untuk Hantar Rekaan Mereka untuk "Penjenamaan Semula" Tokoh Sejarah China Jiang Ziya

The Linzi District Events Office
2017-09-28 02:05 1058

ZIBO, China, 28 September 2017 /PRNewswire/ -- Linzi, sebuah daerah bersejarah yang terkenal dalam sempadan bandar di wilayah Shandong China, juga merupakan ibu kota negeri Qi purba. Negeri Qi adalah salah satu negeri yang paling berkuasa semasa zaman sejarah China. Linzi ialah tempat kelahiran budaya Qi serta sejumlah selebriti sejarah China termasuk Jiang Ziya, Duke Huan dari Qi dan Guan Zhong. Ia catatan sejarah dengan jelas menunjukkan bahawa Jiang Ziya ialah pengasas budaya Qi.

Kaedah untuk mengekalkan orang ramai terlibat dengan riwayat dan imej Jiang Ziya, yang secara keseluruhannya, tidak dapat dipisahkan secara konseptual dari tempat kelahirannya Linzi, adalah satu cabaran untuk "penjaga nyalaan semangat" yang perlu berdepan dengan trend dalam talian yang boleh beralih arah dalam sekelip mata. Menggunakan pendekatan berasaskan internet yang lebih mudah diakses untuk menyebarkan hikayat Jiang Ziya dan mempromosikan budaya Qi, dilihat sebagai kaedah berkesan untuk mempromosikan budaya Cina tradisional sambil meningkatkan kesedaran umum terhadap Linzi sebagai salah satu daerah warisan budaya dan bersejarah yang paling terkenal di China.

Dalam era hiburan massa kini, membangunkan "jenama" yang merupakan gambaran sebenar Jiang Ziya dan budaya Qi yang dipertahankannya, namun yang mempunyai perlindungan hak harta intelek sewajarnya, adalah satu kaedah terbukti  yang dapat menjadi pemangkin untuk pertumbuhan ekonomi daerah yang kukuh serta pertingkatkan daya saing. Sebagai contoh kajian kes, Kumamon di wilayah Kumamoto Jepun telah membangunkan "jenama" dilindungi hak harta intelektual yang telah membangunkan pangkalan peminatnya sendiri di saluran media sosial di seluruh dunia, menjadikannya penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi tempatan masyarakat.

Linzi menyeru pereka di mana sahaja untuk menghantar contoh rekaan Jiang Ziya, sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang Linzi sebagai destinasi bagi individu yang berminat dalam kebudayaan Cina, dan pada masa yang sama mempamerkan contoh sempurna kebudayaan Qi, terutamanya Tai Gong Liu Tao, sebuah buku terkenal mengenai seni perang. Linzi bertujuan untuk mewujudkan imej Jiang Ziya yang lebih mudah diakses melalui pelbagai kempen dan acara promosi untuk mempromosikan lagi budaya Qi.

Source: The Linzi District Events Office
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel