omniture

HPS perluas ke Asia dengan pembukaan pejabat Singapura

HPS
2017-09-28 03:25 759

SINGAPURA, 28 September 2017 /PRNewswire/ -- HPS, sebuah syarikat perkhidmatan dan penyelesaian pembayaran inovatif yang berada di barisan hadapan industri pembayaran antarabangsa, telah mengumumkan pembukaan pejabat Asia baharu di Singapura untuk menampung pertumbuhan pesat dan memanfaatkan pasaran Asia Pasifik yang pelbagai.

Selain pejabat di Casablanca, Paris, Aix-en-Provence, dan Dubai, pejabat baharu di Singapura akan menambahkan jejak Kumpulan dan menyokong strategi pertumbuhan syarikat.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, HPS terus berkembang dengan pesat di Asia, dan kini mempunyai beberapa pelanggan di rantau ini. Setelah mempertimbangkan beberapa pusat perniagaan di seluruh Asia, Singapura telah dikenalpasti sebagai lokasi pejabat utama untuk membantu menyokong pertumbuhan dan menjalin hubungan perniagaan baharu di rantau ini. Pejabat baharu ini juga akan membolehkan HPS memperluas dan memperkuat hubungan kerjasama yang lebih rapat dengan pelanggan sedia ada, yang semuanya perlu menyesuaikan dan meningkatkan sistem mereka mengikut landskap pembayaran yang sedang pesat berkembang di Asia.

Keputusan untuk memperluaskan kehadiran HPS ke Singapura adalah satu langkah logik dalam strategi pertumbuhan perniagaan kerana kawasan ini mewakili peluang pertumbuhan yang kaya dan pelbagai dan HPS akan meningkatkan keupayaannya untuk memberikan perkhidmatan kepada pasaran semasa dan masa hadapan.

Latar Belakang HPS

HPS ialah syarikat multinasional dan pembekal penyelesaian pembayaran elektronik utama untuk institusi kewangan, pemproses kad dan penyelesaian pertukaran ATM serantau dan nasional di seluruh dunia.

Penyelesaian PowerCARD - yang digunakan oleh lebih daripada 350 pengeluar, bank pemeroleh, pemproses dan pertukaran - meliputi seluruh rantaian nilai pembayaran elektronik dan membolehkan pengurusan semua jenis kad (kredit, debit, prabayar, syarikat, kesetiaan, bahan api, dll.) melalui mana-mana jenis saluran (ATM, terminal pembayaran, Internet, mudah alih, dll.).

Penyelesaian PowerCARD digunakan di lebih 85 negara di lima benua. HPS mempunyai banyak pelanggan terkenal antaranya "Fortune 500" dan "Syarikat Terbesar di Dunia Forbes".

HPS telah disenaraikan di Bursa Saham Casablanca sejak tahun 2006. Ia kini mempunyai kira-kira 400 jurutera dan pakar yang berpangkalan di Casablanca, Dubai, Paris dan Aix-en-Provence.

Maklumat lanjut di: www.hps-worldwide.com

Hubungi HPS

Pn Houda HORANI 
communication@hps-worldwide.com
Pengarah Komunikasi
T: +212 529 045 019

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170926/1951631-1LOGO 

Source: HPS
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Corporate Expansion