Jenama TCM tertua China taja bintang fesyen yang sedang menempa nama dalam kerjasama ulung dengan gergasi teknologi Tencent
- Jenama TCM tertua di China, dengan sejarah hampir 500 tahun
- Guo Jiaxue, Pengerusi Lembaga GuangYuYuan: "Hanya segelintir syarikat di dunia yang memiliki warisan yang panjang seperti kami. Bagi GuangYuYuan, pemeliharaan budaya tradisional dan menggalakkan inovasi adalah dua tunjang yang membina syarikat kami."
BEIJING, 28 September 2017 /PRNewswire/ -- Jenama tertua Ubatan Tradisional China "Big 4", GuangYuYuan, akan membuat kemunculan sulung peringkat global di Minggu Fesyen Paris pada 1 Oktober 2017.
Dalam acara yang dianjurkan oleh gergasi teknologi Tencent, ketika kemuncak minggu fesyen antarabangsa "Big 4" yang diadakan dua kali setahun itu, GuangYuYuan akan menaja pertunjukan peragaan inovatif oleh pereka Cina yang sedang menempa nama, Liu Qing, yang dikenali sebagai Big-King, dalam pertunjukan yang akan menjadi pertunjukan peragaannya yang pertama di Paris.
Guo Jiaxue, Pengerusi Lembaga GuangYuYuan Chinese Herbal Medicine Co., Ltd. menerangkan motivasi di sebalik kerjasama unik ini: "Hanya segelintir syarikat di dunia yang memiliki warisan yang panjang seperti kami. Bagi GuangYuYuan, pemeliharaan budaya tradisional dan menggalakkan inovasi adalah dua tunjang yang membina syarikat kami. Kami teruja menantikan penggabungan unsur-unsur Cina yang tersendiri dalam rekaan Big-King, serta unsur-unsur yang mencerminkan sejarah kami sendiri yang hampir 500 tahun. "
Pertunjukan yang dianjurkan oleh GuangYuYuan mendapat kebenaran khas untuk dilangsungkan di Musee Jacquemart-Andre yang indah, pertunjukan pentas peragaan Minggu Fesyen Paris yang pertama kali diadakan di muzium. GuangYuYuan akan mempamerkan sorotan budaya jenama dan estetika reka bentuk ketika kemunculan sulungnya di Paris.
Latar Belakang GuangYuYuan
GuangYuYuan ditubuhkan pada tahun 1541. Pada tahun 2003 syarikat telah diambil alih oleh konglomerat farmaseutikal Cina terkemuka, Xi'an Dongsheng Group, dan tersenarai di Bursa Saham Shanghai dengan nama GuangYuYuan Chinese Herbal Medicine Co. Ltd., nombor saham 600771. Pada tahun 2006, GuangYuYuan telah dianugerahi penghormatan oleh Kementerian Perdagangan China, dengan menerima gelaran "Time-Honored Brand". Dua produk tertua GuangYuYuan, GuilingJi dan Dingkun Dan, telah diisytiharkan sebagai sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara China dan formula mereka telah dinamakan rahsia negara.
Laman sesawang: www.guangyuyuan.cn