omniture

Inovasi 25 tahun meraih pencapaian penting di peringkat global untuk produk IT mampan

TCO Development
2017-09-28 15:00 884

STOCKHOLM, 28 September 2017 /PRNewswire/ --

Selama lebih 25 tahun, TCO Certified telah membangunkan penyelesaian untuk memacu tanggungjawab sosial dan alam sekitar bagi produk IT dan pengeluarannya.

Pada lewat 2018, kami bakal melancarkan TCO Certified generasi baharu, iaitu alat untuk memacu industri IT ke arah hala tuju yang lebih mampan. "Dengan adanya TCO Certified generasi akan datang, kami ingin mengambil langkah seterusnya untuk memacu kitar hayat yang mampan bagi produk IT, berganding bahu dengan pembeli dan pihak berkepentingan global yang lain," jelas Sören Enholm, Ketua Pegawai Eksekutif TCO Development.

generated by system

Dalam setiap generasi TCO Certified, kriterianya ditingkatkan dan dibangunkan, termasuklah pengesahan sebelum dan selepas pensijilan. Dengan cara ini, TCO Certified membantu memastikan bahawa produk IT yang memasuki pasaran adalah produk yang lebih mampan dari segi sosial dan alam sekitar. "Pembeli memegang kunci untuk pembangunan produk IT yang mampan. Tanpa permintaan daripada pembeli, kriteria TCO Certified tidak akan memberikan kesan yang sama terhadap kemampanan," Enholm meneruskan.

Kisah kejayaan TCO Certified bermula pada tahun 1992 sebagai alat untuk menggiatkan industri IT ke arah pembangunan paparan komputer yang lebih selamat dan lebih cekap tenaga. "Kini, TCO Certified merupakan peneraju global dan telah menjadi pemacu yang mendorong kemajuan kemampanan kitar hayat bagi produk IT dalam pasaran yang pesat berubah," kata Björn-Erik Lonn, Pengerusi Global Eco Labelling Network, organisasi untuk pensijilan alam sekitar yang bebas.

Sejak itu, pensijilan telah semakin berkembang bagi memenuhi cabaran baharu alam sekitar dan sosial. Lebih 10,600 model produk daripada melebihi 400 pengeluar telah menerima sijil. TCO Certified boleh didapati untuk lapan kategori produk IT, termasuklah komputer buku. "Kami berasa bangga akan sumbangan yang telah kami berikan, daripada kecekapan tenaga kepada usaha penting yang mempelopori tanggungjawab rantaian bekalan serta mengurangkan kandungan berbahaya dalam produk IT," Enholm memberikan kesimpulan. TCO Certified generasi akan datang bakal menyerlahkan pencapaian penting yang baharu ke arah kitar hayat mampan bagi produk IT.

Latar Belakang TCO Certified

TCO Certified ialah pensijilan kemampanan untuk produk IT yang membantu organisasi di seluruh dunia membuat pilihan produk yang bertanggungjawab. Selama 25 tahun kami telah menyediakan penyelesaian bagi mengurangkan risiko dan menangani cabaran kemampanan yang berkaitan dengan barangan elektronik. TCO Certified merangkumi kriteria kitar hayat berhubung dengan tanggungjawab alam sekitar dan sosial. Ini turut merangkumi pengesahan bebas untuk produk, pematuhan kilang dan pemilik jenama, pada peringkat sebelum dan selepas pensijilan.

Maklumat Hubungan

Cassandra Julin
press@tcodevelopment.com
0046702866861

Bilik Media

http://tcocertified.com/about-tco-development/press-room/ 

Source: TCO Development
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology