omniture

SUV GS7 Kemegahan GAC Motor Mulakan Kembara Jalan Raya: Strategi Utamakan Kualiti Hasilkan Model-model Premium

GAC Motor
2017-09-29 00:33 1093

GUANGZHOU, China, 29 September 2017 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat kereta yang paling pesat berkembang di China telah menyelesaikan pengembaraan sejauh 5,100 km merentasi bandar-bandar dalam cuaca paling panas di China bagi mendemonstrasikan kualiti premium barisan model SUVnya. Turut disertai oleh SUV GS7 baharu bersaiz sederhana, model kebanggaan GS8 dan GS4 PHEV, pengembaraan selama sebulan itu berakhir di pusat ujian suhu tinggi di Turpan Depression, Xinjiang yang mana SUV baharu dan klasiknya melepasi pelbagai ujian tambahan terhadap cuaca dan persekitaran yang sukar.

SUV kemegahan GAC Motor selesaikan ujian kembara jalan raya ke Xinjiang dalam cuaca melampau
SUV kemegahan GAC Motor selesaikan ujian kembara jalan raya ke Xinjiang dalam cuaca melampau

Bermula di Guangzhou, SUV ini dipandu sepanjang jalan jauh ke bahagian barat China melintasi Xi'an, Lanzhou, Dunhuang dan bandar-bandar purba "Jalan Sutera" yang lain. Destinasi terakhir mereka, pusat ujian suhu tinggi Turpan ("Pusat"), terletak di Turpan Depression, yang terkenal sebagai kawasan paling panas dan paling kering di China. Suhu yang tinggi bermula pada Jun hingga Ogos boleh mencecah 53°C dan kelembapan relatif hanyalah pada 6 peratus.

Setelah merentasi cuaca musim panas yang membahang, barisan SUV GAC Motor masih berada dalam keadaan baik dan menjalani beberapa siri ujian prestasi dan keandalan di Pusat tersebut. GS7 baharu, yang mendapat jolokan "SUV Blokbuster Generasi Baharu" oleh The New York Times dan "Penampilan Sulung Dunia Mengagumkan" oleh Forbes, menjalani ujian jalan kerikil pada suhu 43°C. Setelah mengembara merentas desa sejauh 4.4 km, GS7 membuktikan ia mampu bertahan terhadap suhu yang tinggi dan mengekalkan tahap prestasi yang juga tinggi.

Dua model baharu GS7 dan GS3 mewarisi ciri “tinggi kualiti dan berorientasikan pengguna” GAC Motor
Dua model baharu GS7 dan GS3 mewarisi ciri “tinggi kualiti dan berorientasikan pengguna” GAC Motor

Direka untuk generasi muda, GS7 dikuasakan oleh enjin 320T siri-G GAC serba baharu yang menawarkan kuasa maksimum sehingga 148kW (201.28 kuasa kuda) pada 1,750 RPM dan tork puncak 320N·m. G-CPMA (Seni Bina Modular Rentas Platform) GAC Motor pula menyediakan posisi yang teguh, ruang yang luas dan selesa, sistem hiburan pintar serta kawalan kuasa yang mantap.

Satu lagi SUV GS3 baharu yang bergaya, turut dilancarkan dalam pasaran bersama GS7 pada Ogos lalu, direka untuk keluarga muda. Ia dilengkapi dengan enjin 200T generasi kedua GAC Motor yang menawarkan tork puncak 202Nm pada 1,500 RPM. Ia turut disokong oleh teknologi pintar termasuk interaksi manusia-auto, ciri saling hubung pintar Carlife dan sistem navigasi suara 3D. 

Yu Jun, presiden GAC Motor dalam majlis pelancaran GS7/GS3
Yu Jun, presiden GAC Motor dalam majlis pelancaran GS7/GS3

Yu Jun, presiden GAC Motor, berkata bahawa panduan ujian cuaca melampau menunjukkan kualiti terunggul produk GAC Motor, yang berjaya dilakukan hasil kepakaran penyelidikan & pembangunan (R&D) syarikat. "Kualiti adalah ciri yang menonjolkan GAC Motor dalam suatu persaingan. Kami komited untuk membangunkan kenderaan yang dapat memberikan prestasi hebat dalam semua bentuk persekitaran melampau," kata Yu.

Penambahan model GS3 dan GS7 memperluas barisan produk komprehensif GAC Motor. Ia mengasah kelebihan daya saing jenama dan akan menyumbang pencapaian sasaran jualan syarikat sebanyak 500,000 kenderaan pada tahun 2017. Di sebalik kejayaan matriks-penuh GAC Motor dalam menguasai bahagian pasaran ialah teknologi matang syarikat, keupayaan R&D, pengeluaran dan pengurusan, yang menjadi kebanggaan syarikat. Ia juga menjadi bukti kukuh kekuatan jenama syarikat yang begitu mantap.

Latar Belakang GAC Motor

Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. Pembuat kereta ini menjual lebih 330,000 kereta dalam lapan bulan pertama tahun 2017, memperlihatkan peningkatan sebanyak 50.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. GAC Motor berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMoto
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://twitter.com/gac_motor

Maklumat Perhubungan Media:

Sukie Wong 
+86-186-8058-2829 
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang 
+86-134-5028-4242 
takijiang@126.com  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170927/1952785-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170927/1952785-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170927/1952785-1-c 

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services