ORDOS, China, 29 September 2017 /PRNewswire/ -- Persidangan Budaya & Kreativiti Antarabangsa Ordos kali ke-2 (OICC II), anjuran kerajaan perbandaran Ordos serta Pusat Maklumat Internet China, telah diadakan di Ordos, Inner Mongolia, China mulai 22 hingga 24 September lalu.
Persidangan ini menyajikan tiga acara: Acara panggilan nama dan permaidani merah bagi memberi penghormatan kepada para pereka kreatif; Pameran Reka Bentuk Pakar dan Bintang Masa Depan bagi Anugerah Budaya & Kreativiti Beidou, diikuti dengan forum mengenai trend terkini serta prospek untuk hasil kerja dan idea kreatif.
Selain itu, kerajaan perbandaran Ordos mewujudkan dana inkubasi harta intelek (IP) sebanyak 300 juta yuan, dan membangunkan taman industri berkeluasan hampir 100,000 meter persegi. Organisasi penukaran dan pengurusan IP khusus turut ditubuhkan bagi membeli hasil kerja dilindungi IP yang dipamerkan, manakala himpunan IP untuk pempakejan dan perdagangan IP turut diwujudkan. Dana pembangunan budaya dan kreativiti berdasarkan hak harta intelek dalam IP kreatif serta platform usaha sama untuk inkubasi IP kebudayaan dan kreatif turut disediakan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170928/1951534-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170928/1951534-1-b