omniture

de GRISOGONO: Berlian Sempurna Terbesar Seumpamanya di Dunia Bakal Dilelong

de GRISOGONO
2017-09-29 16:22 1441

HONG KONG, 29 September 2017 /PRNewswire/ -- Kalung berlian dengan batu zamrud sempurna 163-karat, terbesar seumpamanya yang bakal dipamerkan untuk satu jualan lelong, telah diperkenalkan di Hong Kong pada hari Khamis, 28 September.

generated by system

generated by system

Berlian ini dipotong daripada batu 404-karat, dikenali sebagai "4 de Fevereiro" yang ditemui pada awal Februari 2016 di Angola. Satu pasukan yang terdiri daripada 10 pakar memotong berlian terlibat dalam memotong dan menggilap berlian kasar itu sepanjang tempoh 11 bulan.

Batu ini kemudiannya direka menjadi barang kemas unik oleh syarikat barang kemas de Grisogono. Ia tergolong sebagai berlian Jenis IIa yang jarang dijumpai, yang dari segi teknikalnya bermaksud hampir tiada kewujudan nitrogen dalam batu berkenaan.

Tempoh selama lebih 1700 jam diambil untuk menghasilkan batu permata unik ini dan melibatkan sepasukan yang terdiri daripada 14 pekerja mahir serta kepakaran mereka, selain minat mereka terhadap kesempurnaan bagi setiap butiran pada kalung.

Barang kemas yang telah siap, dikenali sebagai The Art of de Grisogono bakal dipamerkan dalam beberapa siri paparan umum di seluruh dunia sebelum dilelong di Christie's, Geneva pada 14 November ini.

Siaran Berita Video (VNR) yang mengandungi imej-imej daripada sidang akhbar, termasuk gulung-b berlian dan kalung bakal tersedia untuk dimuat turun dengan kualiti siaran dan web melalui platform digital berikut:

http://www.actuapr.tv/vnr/biggest-diamond-unveiled/

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Tanja Bojanc Besson +41-79-9451922
Meghan Kohler +41-22-809-15-01

Source: de GRISOGONO
Keywords: Art Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Mining/Metals Precious Metals