omniture

"Untuk Menolak Perubahan Iklim seolah Berlengah-lengah Ketika Bumi Sedang Tenggelam": PM Dominica Seru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Bersatu Gempur Realiti Iklim

DOMINICA HURRICANE MARIA RELIEF FUND
2017-10-03 05:04 988

LONDON,  3 Okt., 2017 /PRNewswire/ --

Tatkala sebuah negara hampir lenyap dan binasa akibat kesan Taufan Maria minggu lalu, Perdana Menteri Dominica, Dr Roosevelt Skerrit, telah mengerahkan negara-negara untuk bersatu dan berhadapan dengan perang perubahan iklim.

Di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perdana Menteri itu merayu perpaduan ketika keadaan memaksa rakyat negaranya kelaparan dan tiada tempat tinggal:

"Saya telah meninggalkan negara saya yang sedang dalam kesengsaraan untuk bersama-sama anda di sini pada hari ini kerana inilah detik-detik mengapa wujudnya Bangsa Bersatu."

Perdana Menteri Skerrit menjelaskan bahawa suhu dan laut yang lebih panas disebabkan oleh perubahan iklim berpunca daripada dua taufan baru-baru ini yang telah menjejaskan negara-negara di seluruh kawasan tropika Cancer dan Capricorn, dan membinasakan pulau Dominica, yang kini berada dalam keadaan darurat.

Dengan penuh semangat, Perdana Menteri merayu kepada Perhimpunan Agung, mengerahkan negara-negara yang lebih besar, khususnya, untuk bertindak:

"Tiada masa lagi untuk perbualan. Hanya sedikit masa yang tinggal untuk bertindak. Sedang negara-negara besar bercakap, negara-negara pulau kecil menderita. Kami memerlukan tindakan dan kami memerlukannya sekarang!"

Dikenali dengan keindahannya yang belum tercemar dan tiada tandingannya, selama 20 tahun taman negara pulau kecil itu memegang status Warisan Dunia UNESCO. "Kehancuran itu tidak dapat digambarkan," terang Perdana Menteri Skerrit:

"Bintang-bintang telah gugur! Eden telah hancur! 72,000 rakyat Dominica berada di barisan hadapan dalam peperangan yang tidak mereka mulakan!"

Berpegang kepada tema peperangan, Perdana Menteri menyeru sumber ketenteraan "yang sedang beristirehat" untuk terlibat dalam usaha menyelamat dan pembinaan semula:

"Biarlah Dominica menjadi peperangan itu hari ini... kerana ketika ini landskap kami seperti zon perang."

Selepas ucapan di New York, Perdana Menteri itu kembali ke Dominica untuk berdepan dengan angka kematian yang semakin meningkat serta realiti kejam perang iklim di depan mata.

Rakaman Perdana Menteri Skerrit Di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Boleh Didapati

Di sini: http://bit.ly/2yAeHQH atau https://we.tl/jVz9Qqob6J

 

Source: DOMINICA HURRICANE MARIA RELIEF FUND
Keywords: Environmental Products & Services Environmental Issues