omniture

Selama 20 Tahun, IBS Software Penyedia IT Utama Industri Perjalanan, Pengangkutan dan Logistik

IBS Software (IBS)
2017-10-03 05:10 1314

TRIVANDRUM, India, 3 Okt, 2017 /PRNewswire/ --

Pada September 2017, genaplah 20 tahun IBS dalam bidang perniagaan. Dengan permulaan sederhana pada tahun 1997, hari ini IBS merupakan sebuah syarikat multinasional yang menggaji hampir 3,000 kakitangan daripada 20 warganegara, beroperasi dari 10 lokasi global dan memperkasa operasi-operasi misi kritikal untuk beberapa syarikat penerbangan terbaik, lapangan terbang paling sibuk, syarikat pelayaran terkemuka, pengedar perjalanan & hotel utama, selain syarikat minyak & gas terbaik dunia. Lebih 200 pelanggan aktif IBS merangkumi 10 daripada 20 syarikat penerbangan terbesar, 4 daripada 5 syarikat minyak utama, lebih 80 rangkaian hotel terbesar serta 30 pembekal perjalanan terbaik.

generated by system

Sejak 20 tahun lalu, IBS mengambil alih enam syarikat luar negara, memperluas pelbagai tawaran, mengembangkan lebar jalur pengurusan dan kepakaran perniagaan. Lebih 7000 individu telah melabur selama bertahun-tahun, memperoleh hak IP untuk lebih 17 produk perisian besar. Bagi industri pengangkutan udara, IBS menyediakan sistem IT dalam seluruh domain perniagaan utama – perkhidmatan penumpang syarikat penerbangan, operasi kargo, operasi penerbangan dan anak kapal, operasi lapangan terbang dan kejuruteraan penyelenggaraan pesawat. Tiada penyedia teknologi lain yang menawarkan rangkaian produk ini untuk industri pengangkutan udara.

Selama bertahun-tahun, platform perusahaan IBS (iFly, iFlight, iCargo, iTravel dan iLogistics) meningkat maju dengan pantas, memperoleh daya tarikan yang semakin meningkat dalam pasaran, dengan perkhidmatan perisian diterajui domain melengkapi penambahan nilai. Beberapa pusat data canggih telah ditubuhkan di seluruh dunia bagi tujuan penawaran SaaS. IBS turut meraih dan mengekalkan pensijilan kualiti dan keselamatan tertinggi selain turut merangkul anugerah dan pengiktirafan atas sumbangannya terhadap industri. Pada Disember 2015, perniagaan utama PE, Blackstone, melabur sebanyak USD 170 juta dalam IBS bagi pemilikan saham minoriti.

"Dua puluh tahun ialah tempoh yang panjang. Beberapa hal masih kekal sepanjang tempoh ini. Namun, perkara yang masih kekal termasuklah nilai teras kami, komitmen terhadap pelanggan dan tadbir urus korporat yang cemerlang. Lima tahun akan datang bakal menjadi tempoh penentu buat IBS. Pelaburan kami dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) serta usaha ke arah pengambilalihan strategik akan diteruskan. Kami akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pembekal IT strategik untuk industri TTL dengan menyediakan platform yang inovatif dan berbeza yang akan membantu pelanggan kami bersaing dan menerajui dunia digital. Tatkala kami meraikan pencapaian penting ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan kami atas kemesraan, persahabatan dan sokongan yang diberikan sepanjang dua puluh tahun ini," kata VK Mathews, Pengasas & Pengerusi Eksekutif, IBS.

Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com.  

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran, IBS
bratati.ghosh@ibsplc.com

Source: IBS Software (IBS)
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation