omniture

Deer Jet Dianugerahi "Jet Peribadi Seven Star 2017" Dunia

Deer Jet
2017-10-03 05:34 817

BEIJING, 3 Okt., 2017 /PRNewswire/ -- Pada 23 September 2017, Panel Kemewahan Seven Stars Luxury Hospitality and Lifestyle Awards (SSLHLA, Anugerah Tujuh Bintang Hospitaliti dan Gaya Hidup Mewah)  telah memilih Deer Jet sebagai jenama paling luar biasa dalam kalangan calon-calon lain termasuk Vista Jet dan Qatar Executive di Athens.

 Wakil Deer Jet menerima Anugerah Istimewa "Syarikat Jet Peribadi Seven Star 2017"
Wakil Deer Jet menerima Anugerah Istimewa "Syarikat Jet Peribadi Seven Star 2017"

 

"Signum Virtutis", mohor kecemerlangan
"Signum Virtutis", mohor kecemerlangan

 

Majlis Gala ke-5 SSLHLA diadakan di Ecali Club yang eksklusif di Athens
Majlis Gala ke-5 SSLHLA diadakan di Ecali Club yang eksklusif di Athens

Pada Majlis Gala di Athens Deer Jet menerima Anugerah Istimewa "Syarikat Jet Peribadi Seven Star 2017" dari tangan ahli Panel Kemewahan HSH Putera Massimiliano della Torre e Tasso, Pengerusi SSLHLA, Presiden dan Pengasas Khalil El-Mouelhy, dan selebriti Cik Ece Vahapoglu. Anugerah Istimewa ini direka untuk mengenal pasti dan menonjolkan jenama luar biasa daripada jenama yang terbaik. 

Pengerusi SSLHLA, Presiden dan Pengasas Khalil El-Mouelhy berkata: "Plak 'Signum Virtutis', buatan tangan yang dibuat di UK, mengiktiraf Deer Jet sebagai simbol kemewahan dan kecemerlangan. Ini merupakan ganjaran buat syarikat dalam peranan utamanya memberikan produk dan perkhidmatan yang paling luar biasa untuk industri di seluruh dunia."

Pada tahun 2016, Deer Jet memperkenalkan 787 Dreams Jet pertama di dunia ke pasaran sewaan jet global, menetapkan piawaian perkhidmatan hospitaliti yang tinggi melebihi 5 bintang melalui latihan khusus yang akan memperakui anak kapalnya sebagai "pelayan tetamu khas perjalanan". Pada masa yang sama, syarikat melantik "Pasukan Impian" untuk berkhidmat kepada pelancong perniagaan yang sofistikated. Ahli "Pasukan Impian" ialah juruterbang dan anak kapal yang berpengalaman, memberikan tahap keselamatan, privasi dan perkhidmatan yang terbaik dalam kelasnya.

Deer Jet mempunyai rekod anugerah yang menempatkan syarikat di puncak kecemerlangan. Syarikat ini telah menerima anugerah "Sewaan Jet Peribadi Terkemuka" berturut-turut di Anugerah Pelancongan Dunia sejak tahun 2015. Deer Jet kini menguasai lebih 70% pasaran jet peribadi Cina, dan mempunyai visi untuk menjadi peneraju global dengan memperluaskan rangkaian perkhidmatannya ke seluruh dunia.

Latar Belakang Deer Jet

Dengan 22 tahun kepakaran, Deer Jet bermula sebagai syarikat jet peribadi pertama di China dan telah berkembang dengan pesat menjadi kumpulan perniagaan penerbangan terbesar di Asia. Deer Jet mempunyai warisan dalam memberikan perkhidmatan tempahan khas. Syarikat ini beroperasi sebagai subsidiari milik penuh HNA Group, sebuah syarikat Global Fortune 500.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170929/1954929-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170929/1954929-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170929/1954929-1-c

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Awards