omniture

China IQS 2017 J.D. Power Asia Pasifik Nobat GAC Motor Jenama Cina di Kedudukan Teratas untuk Lima Tahun Berturut-turut

GAC Motor
2017-10-03 05:52 918

GUANGZHOU, China, 3 Okt., 2017 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat kereta yang paling pesat berkembang di China, telah mengukuhkan dominasi kedudukannya dalam industri auto dengan mengekalkan kedudukannya sebagai jenama Cina di kedudukan teratas dalam Initial Quality StudySM (IQS) China 2017 J.D. Power Asia Pasifik untuk tahun kelima berturut-turut. SUV GS4 terlaris GAC Motor berada di kedudukan ketiga dalam kategori SUV kompak.

GAC Motor ranked No.1 in J.D. Power IQS among Chinese brands for the fifth consecutive years
GAC Motor ranked No.1 in J.D. Power IQS among Chinese brands for the fifth consecutive years

Laporan tahunan J.D. power mengiktiraf jenama automobil dan produk berprestasi tinggi dengan mengumpul pandangan dan persepsi daripada berjuta-juta pengguna. Kaji selidik automotif meluas yang dijalankan terhadap kepuasan pelanggan dan kualiti produk telah menjadikannya salah satu indeks paling dipercayai di seluruh industri.

"J.D. Power telah mengiktiraf strategi berpusatkan kualiti GAC Motor. Syarikat kami telah menempa laluan baharu yang diarahkan kepada pasaran atasan, dijamin oleh kualiti terbaik dan didorong oleh inovasi, semangat kehalusan kerja tangan yang asli yang telah mendorong kami untuk membangunkan setiap model dengan piawaian tertinggi," kata Yu Jun, presiden GAC Motor.

Yu Jun, president of GAC Motor, noted the company has forged a new path that is directed to the high-end market, guaranteed by top quality and driven by innovation
Yu Jun, president of GAC Motor, noted the company has forged a new path that is directed to the high-end market, guaranteed by top quality and driven by innovation

GAC Motor telah mencipta sistem pengurusan kitaran hayat lengkap yang menjamin kualiti produk di semua empat pautan pengeluaran kenderaan daripada penyelidikan & pembangunan, pengeluaran kepada rantaian bekalan dan penjualan & perkhidmatan, yang memastikan syarikat ini mencapai kualiti yang konsisten dalam berbilang tahun, di seluruh platform dan model.

Untuk menjamin kualiti dan keselamatan produk, GAC Motor telah mewujudkan sistem kawalan kualiti yang ketat, "6520" yang menetapkan matlamat "cacat sifar" dan meningkatkan piawaian kualiti produk melalui enam aktiviti pengurusan, lima pemeriksaan dan dua sistem kawalan aliran utama.  

"Kami mempunyai kadar kerosakan barang dan komponen pembekal yang amat rendah; 22ppm dalam tahun 2016 adalah lebih rendah daripada purata industri, dan dalam tahun ini kami mahu mencapai 10ppm, yang bermakna hanya 650 kerosakan yang dibenarkan bagi setiap 650 juta barang pembekal. Ini menunjukkan keyakinan GAC Motor terhadap sistem kawalan kualiti produknya," kata Yu.

Cemerlang dalam prestasi keselamatan, GAC Motor telah menerima kedudukan teratas dalam Program Penilaian Kereta Baharu China (C-NCAP). Dalam laporan Kepuasan Selepas Jualan Pelanggan Automobil China (CAACS) yang dikeluarkan pada 20 September, GAC Motor menduduki No.1 dalam kalangan semua jenama bebas dengan markah sebanyak 87.74.

Strategi kualiti yang pertama dan berorientasikan pelanggan syarikat telah membawanya kepada kejayaan global. GAC Motor telah menjual 330,000 kenderaan dari Januari hingga Ogos tahun ini, dengan 50.5 peratus peningkatan berbanding tahun sebelumnya. GA6 menjual lebih daripada 16,000, peningkatan sebanyak 194.2 peratus sementara sedan saiz sederhana premiumnya, GA8 kekal menjadi jualan terlaris dalam kalangan jenama-jenama Cina.

GAC Motor’s GS4 ranked No.1 in J.D. Power IQS among Chinese brands in Compact SUV
GAC Motor’s GS4 ranked No.1 in J.D. Power IQS among Chinese brands in Compact SUV

"Matlamat jangka panjang kami adalah untuk memperbaiki sistem, mengukuhkan mekanisme institusi dan memacu inovasi kami," kata Yu. "Dengan peningkatan jenama kami dalam semua perspektif daripada produk kepada penjenamaan dan perkhidmatan, kami ingin menjadi jenama auto Cina bertaraf dunia dan perusahaan global."

Latar Belakang GAC Motor

Sebuah subsidiari GAC Motor, GAC Motor menggabungkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya dalam tahun 2016, yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. GAC Motor berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dan kesembilan dalam kalangan semua jenama global dalam Initial Quality StudySM (IQS) 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMoto
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://twitter.com/gac_motor

Hubungi:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com

Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20170929/1954995-1-a
Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20170929/1954995-1-b
Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20170929/1954995-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Awards