omniture

Martell® Dedah Siri Acara Berinspirasi H.O.M.E by Martell bersama Jhené Aïko

Maison Martell
2017-10-03 05:58 923

LOS ANGELES, 3 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Pada 28 September, House of Martell melancarkan acara pertama dari H.O.M.E oleh Martell, apabila penyanyi yang dicalonkan untuk Grammy, Jhené Aiko mempersembahkan satu pengalaman unik yang mempersembahkan pendapat peribadi beliau tentang seni pelayanan tuan rumah Martell. Diadakan di kediaman mewah di Hollywood Hills, hasilnya menawarkan limpahan idea untuk acara-acara H.O.M.E by Martel akan datang di seluruh dunia.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8186851-martell-events-h-o-m-e-jhene-aiko/ 

Aiko mempersembahkan visi tersendiri beliau tentang seni pelayanan tuan rumah Martell. Para tetamu disajikan dengan kolektif kulinari bijak Ghetto Gastro, koktel istimewa yang dicipta oleh Jhené Aïko bersama Blue Swift Martell dan program muzikal.

"Melayan tetamu di rumah ialah sesuatu yang saya minati," kata Aiko. "Saya teruja untuk mengatur pengalaman pertama H.O.M.E. by Martell, dan membawakan visi pelayanan saya dan semangat ingin tahu Martell menjadi nyata."

Petang itu juga merupakan sambutan kepada Martell Blue SwiftTM, bersama Cellar Master Martell, Christophe Valtaud untuk mempersembahkan inovasi terkini House pada pengalaman bilik bawah tanah yang eksklusif. Eau de Vie de Vin yang unik, diperbuat dari 100% VSOP Cognac Martell kemudian disudahi dalam tong Bourbon dari Kentucky, dengan aroma manis buah-buahan dan plum yang terserlah – dilengkapi kemanisan lembut vanila – menawarkan pengalaman baharu untuk dinikmati di rumah.

Dengan kehadiran tetamu terkenal dan berpengaruh L.A., acara yang tidak mengikut genre ini tidak syak lagi merupakan acara yang tidak patut dilepaskan. Antara tetamu istimewa Jhené's Aiko adalah penyanyi rap Quavo dan Wale, dan artis hip hop Nigeria Mister Incredible – kesemuanya akan menjadi tuan rumah acara H.O.M.E by Martell dalam masa terdekat. Jhené merupakan tuan rumah yang sempurna, membawa mereka melalui kediaman mewah dan berkongsi semua butir-butir menarik. Sama ada tip kulinari daripada Ghetto Gastro atau belajar bagaimana untuk menyediakan koktel peribadi yang mengandungi Blue Swift Martell, mereka mendapat inspirasi yang banyak untuk acara H.O.M.E by Martell mereka sendiri. Tetamu istimewa yang hadir di acara itu termasuk pelakon Jamie Foxx dan penyanyi Lana del Rey dan Kelis.

Acara akan datang H.O.M.E by Martell akan diadakan di Atlanta dan Chicago dalam bulan Oktober dan Detroit, Washington D.C. dan Houston dalam bulan November; semua acara merupakan acara peribadi, hanya melalui jemputan. Acara selari juga dijadualkan di Lagos, Nigeria dan Kuala Lumpur, Malaysia pada bulan November.

Untuk pertanyaan media:
House of Martell 
gaelle.marcel@pernod-ricard.com

House of Martell di media sosial
Instagram / Twitter / Pinterest / Facebook / Website / Digital Pressroom

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/564620/Maison_Martel.jpg )
https://www.multivu.com/players/uk/8186851-martell-events-h-o-m-e-jhene-aiko/

Source: Maison Martell
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Licensing/marketing agreements