omniture

Carolien Niebling Menang Hublot Design Prize 2017, Jessi Reaves Terima Sebutan Khas Juri

Hublot
2017-10-03 06:37 816

LONDON, 3 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Hublot, jenama jam tangan menyerlahkan bintang-bintang yang sedang meningkat dalam bidang rekaan

Untuk edisi ketiganya, Hublotme Design Prize telah dianugerahkan kepada Carolien Niebling dan projeknya yang terkenal, The Future Sausage. Para juri juga mengiktiraf kerja Jessi Reaves dengan hadiah istimewa CHF 25,000. Hadiah ini dianggap sebagai penggalak kerjaya bertujuan untuk menyerlahkan pereka yang sememangnya berbakat , dengan menawarkan pendedahan yang mereka perlukan untuk meletakkan nama mereka sebaris dengan pereka terkenal pada masa akan datang. Hadiah ini memberi ganjaran kepada rekaan dalam semangat Hublot, mencari para pereka yang mempunyai daya pemikiran dan rekaan berinovatif; anti-konformis dan perintis bentuk ekspresi, mempunyai keinginan untuk sentiasa menolak sempadan, dan melangkaui apa yang telah wujud. 

generated by system

generated by system

generated by system

"Sekiranya saya menyebut perkataan 'reka bentuk' kepada anda, anda fikir … Le Corbusier, Starck, Dixon, Urquiola, Putman dan atau Niemeyer, Lapo Elkann, Ferrari: objek, bentuk dan personaliti yang telah menjadi ikonik, yang mempesona dan memikat kita dan dikenali oleh semua orang. Inilah yang menentukan kejayaan mereka, kesamaan yang mereka punyai, reka bentuk. Reka bentuk yang Hublot percaya merupakan satu perkara penting. Reka bentuk yang menggabungkan bahan dan kreativiti yang tidak mempunyai sempadan. Reka bentuk adalah terlalu penting buat Hublot dan disebabkan inilah tiga tahun yang lalu – sepuluh tahun selepas pelancaran Big Bang – kami mewujudkan anugerah kami sendiri. Hublot Design Prize bertujuan untuk menyokong kerja para pereka yang berbakat, dengan menyediakan mereka pendedahan dan galakan, supaya kerja mereka akan dikenali sebaris dengan pereka-pereka hebat satu hari nanti."

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif, Hublot

Rekaan berada di kedudukan yang penting dalam sejarah dan kejayaan. Dalam tahun 1980, apabila Carlo Crocco mengasaskan Hublot, beliau memberi jam tangannya reka bentuk yang khusus dan tali getah asli yang berinovasi. Pada tahun 2004, Jean-Claude Bover dan Ricardo Guadalupe mencipta Big Bang dan, dengan ini, rekaan ikoniknya telah diangkat setaraf dengan rekaan-rekaan yang hebat. Lebih daripada sepuluh tahun kemudian, Big Bang dan potongan selongsong yang jelas daripada pelbagai bahan, binaan komposit "sandwic" dan skru bentuk H menerusi bezel tidak pernah gagal untuk mengejutkan dan melangkaui sempadan. Terkenal dengan inovasi dan keberanian, dengan gabungan bahan terbaik dan ketepatan pergerakan keluaran Unico, jam tangan Big Bang memikat dengan reka bentuk yang berani dan kreativiti yang tidak berpenghujung. Dapat dikenali dengan serta merta, ia mewakili reka bentuk yang didorong oleh semangat jenama.

Hublot mewujudkan anugerah ini dalam tahun 2015 untuk merai dan mengiktiraf reka bentuk dan model Big Bang. Untuk tahun ini, Hublot Design Prize telah mengambil tempat di pavilion Galeri Serpentine, pavilion musim panas yang direka semula setiap tahun oleh arkitek, pereka dan pencipta terkenal – kesemua mereka tidak pernah membina apa-apa di tanah Inggeris sebelum ini. Tahun ini, pavilion ini telah direka oleh Francis Kéré, arkitek yang memenangi anugerah dari Burkina Faso. Sebelum ini, Zaha Hadid, Frank Gehry, Jean Nouvel, Peter Zumthor, Herzog dan de Meuron, sebilangan daripada pereka terpilih, telah berkongsi visi rekaan dan seni bina mereka dengan orang ramai melalui reka bentuk pavilion musim panas mereka. Di dalam bangunan inilah Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, menganugerahkan Hublot Design Prize 2017 kepada Carolien Niebling. Pemenang menerima cek bernilai CHF 100,000 – bertujuan untuk menyokong pereka dan membantu merealisasikan karya mereka. Ini ialah peluang unik untuk pereka mendapat pendedahan.

Hublot Design Prize 2017 memberi ganjaran kepada kerja hebat Carolien Niebling serta pendekatan beliau yang nakal dan asli. Penyelidikan beliau yang sofistikated dan benar-benar menyeluruh mengambil dua arah pendekatan saintifik dan teknikal yang membawa kepada sebuah buku bertajuk 'The Future Sausage', salah sebuah penerbitan terbaik tahun ini.

Untuk edisi ini, juri juga memutuskan untuk menganugerahkan hadiah khas kepada kerja Jessi Reaves yang berinovasi dan bereksperimen, yang membuka pandangan baharu dan dengan bijak sekali menegaskan visi tunggal beliau yang berkisar antara seni dan reka bentuk.

Source: Hublot
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail Awards