omniture

Aeroflot Raih Dua Pencalonan Penting dalam World Travel Awards

Aeroflot
2017-10-03 06:55 882

MOSCOW, 3 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Aeroflot meraih anugerah dalam dua kategori utama sempena World Travel Awards 2017 yang berprestij: Jenama Syarikat Penerbangan Terkemuka Eropah dan Syarikat Penerbangan Terkemuka Eropah - Kelas Perniagaan. Majlis penyampaian anugerah diadakan pada hari Sabtu di Marble Hall, Muzium Etnografi Rusia di St. Petersburg.

"Kami berbangga apabila Aeroflot dipilih sebagai peneraju dalam industri perjalanan dan pelancongan Eropah menerusi dua kategori utama," kata Giorgio Callegari, Timbalan Ketua Pengarah Aeroflot bagi Strategi dan Perikatan. "Ini ialah hasil usaha selama bertahun-tahun untuk mengembalikan Aeroflot ke dalam kelompok elit penerbangan global.

"Hari ini, Aeroflot merupakan sebuah syarikat penerbangan premium dengan capaian global dan menawarkan khidmat pelanggan mengikut piawaian antarabangsa tertinggi. Aeroflot Group menduduki kedudukan antara 20 kumpulan syarikat penerbangan terbesar mengikut trafik penumpang, dan mempunyai jaringan laluan yang memberi akses kepada banyak destinasi di Rusia yang mempunyai warisan budaya bersejarah yang unik dan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan."

Anugerah yang diraih merupakan anugerah berprestij kedua Aeroflot dalam tempoh seminggu. Syarikat penerbangan kemegahan Rusia ini turut dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Global Lima Bintang dalam Penilaian Syarikat Penerbangan Rasmi APEX pada minggu lalu sempena APEX EXPO Awards di Long Beach, California.

World Travel Awards dianugerahkan kepada jenama-jenama terkemuka dalam industri perjalanan, hotel pelancongan dan penerbangan awam. Sejak tahun 1993, para pemenang diumumkan setiap tahun setelah menjalani proses pemilihan yang menyeluruh, yang melibatkan beratus ribu ahli profesional dan berjuta-juta pelancong.

Dikenali sebagai Anugerah Oscar bagi industri pelancongan, tahun ini World Travel Awards diadakan di Rusia buat julung kalinya. St. Petersburg terpilih sebagai bandar tuan rumah bagi majlis penyampaian anugerah setelah tercalon sebagai Destinasi Terkemuka Eropah selama dua tahun berturut-turut (2015, 2016). Aeroflot merupakan satu-satunya syarikat penerbangan Rusia yang meraih anugerah dalam World Travel Awards 2017.

Tahun lalu, Aeroflot menjadi syarikat penerbangan Rusia pertama menerima status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada agensi UK Skytrax, pakar bagi khidmat pelanggan syarikat penerbangan. Para pengguna TripAdvisor memilih Aeroflot sebagai syarikat penerbangan terbaik di Eropah, dan syarikat penerbangan terbaik di dunia bagi perkhidmatan Kelas Perniagaan. Di China, Aeroflot dipilih sebagai syarikat penerbangan asing kegemaran negara.

Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot dan rakan-rakan kongsinya berkhidmat di 1,074 destinasi dalam 177 negara seluruh dunia. Pada tahun 2016, Aeroflot membawa 29 juta penumpang (43.4 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari).

Aeroflot menjadi syarikat penerbangan Rusia pertama yang dianugerahi status Syarikat Penerbangan Empat Bintang oleh Skytrax sebagai pengiktirafan terhadap khidmat pelanggannya yang berkualiti tinggi. Pada tahun 2017, Aeroflot dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali keenam sempena Skytrax World Airline Awards.

Pada tahun 2017, Aeroflot dipilih sebagai jenama paling hebat di Rusia dan jenama syarikat penerbangan paling kukuh di dunia oleh firma pakar runding penilaian dan strategi terkemuka Brand Finance. Aeroflot turut dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Utama Terbaik di Eropah oleh pelancong TripAdvisor dan diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Kegemaran Antarabangsa di China dalam Majlis Penyampaian Anugerah Flyer 2017.

Aeroflot mengendalikan salah satu daripada kumpulan pesawat paling baharu di dunia yang mempunyai 202 pesawat. Aeroflot berpangkalan di Moscow, iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Aeroflot merupakan antara peneraju dunia bagi keselamatan penerbangan dengan Indeks Penilaian Keselamatan Komuniti Eropah bagi Pesawat Asing (SAFA), iaitu parameter tahap keselamatan utama yang diiktiraf di dunia, setanding dengan pihak pesaing global.

Syarikat penerbangan pertama Rusia yang tersenarai dalam pendaftar Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA), memperbaharui pendaftarannya buat kali ketujuh pada tahun 2017,  Aeroflot berjaya melepasi Audit Keselamatan IATA untuk Operasi Darat (ISAGO) dan mematuhi sepenuhnya ISO 9001:2015, ISO 14001:2004.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/

Source: Aeroflot
Related Stocks:
RTS:AFLT
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Awards