omniture

Industri auto global siap sedia untuk berhimpun di Automechanika Shanghai 2017 yang sangat dinanti-nantikan

Automechanika Shanghai
2017-10-03 10:00 900

SHANGHAI, 3 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Automechanika Shanghai adalah pameran perdagangan terbesar Asia yang dikhususkan untuk alat ganti, aksesori, peralatan serta perkhidmatan automotif. Pada tahun ini, pameran ini dijangka mengalu-alukan kira-kira 6,000 pempamer dari 42 negara dan rantau, dan akan menampilkan beberapa kemajuan terkini daripada kedua-dua industri automotif global dan domestik. Dilangsungkan dari 29 November - 2 Disember 2017 di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional di Shanghai, China, pameran ini akan membuka pintu kepada sekitar 130,000 pelawat dan penggiat utama industri automotif.

Global auto industry prepares to converge at highly anticipated Automechanika Shanghai 2017
Global auto industry prepares to converge at highly anticipated Automechanika Shanghai 2017

Untuk edisi ini, beberapa sektor utama akan diperluaskan sejajar dengan pertumbuhan mereka di pasaran. Sebagai contoh, sektor Alat Ganti & Komponen akan mengunakan satu ruang tambahan, manakala sektor Aksesori & Penyesuaian serta sektor Pembaikan & Penyelenggaraan akan menyaksikan penyertaan yang lebih besar daripada beberapa syarikat terkemuka. Secara keseluruhannya, ruang pameran akan meningkat kepada 330,000 meter persegi tahun ini - kenaikan 7% dari 2016.

Lebih menarik lagi, zon mobiliti-E dan Infrastruktur di Automechanika Shanghai 2017 akan menyaksikan penyertaan yang lebih besar tahun ini, dengan pempamer dan institut penyelidikan berkumpul dari seluruh dunia untuk membincangkan mobiliti terhubung dan pindah silangnya ke dalam pelbagai sektor automotif. Sektor Elektronik & Sistem yang pesat berkembang juga dijangka menjadi pilihan hangat dalam kalangan pengunjung, kesan daripada topik yang semakin meningkat mengenai mobiliti terhubung dan pemanduan berautonomi di seluruh industri.

Buat pertama kalinya, dalam usaha untuk mewakili hubungan erat antara segmen tayar dan segmen selepas pasaran, pameran ini akan mengalu-alukan Zon REIFEN yang baharu - zon  kongsi kedudukan yang dikhususkan sepenuhnya untuk produk untuk tayar, roda dan rim, serta untuk pembaikan, pengurusan, jualan dan penyimpanan tayar. Dengan Zon REIFEN, pameran ini akan menampilkan pelbagai produk, inovasi dan berita yang paling komprehensif untuk merangkumi keseluruhan spektrum sektor tayar.

Bercakap mengenai pameran itu, Cik Fiona Chiew, Timbalan Pengurus Besar Messe Frankfurt (Shanghai) Co Ltd, berkata: "Pasaran yang semakin meningkat di China dan seluruh Asia telah mewujudkan kawasan pertumbuhan yang sihat bagi pasaran automotif untuk berkembang. Kami melihat bahawa rantau ini memainkan peranan yang semakin penting dalam perkembangan automotif, yang dapat dilihat dalam skala pameran kami yang semakin meningkat. Kami teruja untuk mengalu-alukan rakan-rakan industri ke satu lagi pameran yang kami harapkan dapat menempa kejayaan yang cemerlang."

www.automechanika-shanghai.com  
auto@hongkong.messefrankfurt.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170928/1953966-1

Source: Automechanika Shanghai
Keywords: Auto Transportation Trade show news