omniture

Ian Hoban Sertai Pilatus Clinical Services

Pilatus Clinical Services Ltd
2017-10-04 09:00 1494

LONDON, 4 Oktober 2017 /PRNewswire/ --

Pilatus Clinical Services dengan sukacita mengumumkan penambahan kepada pasukan pengurusan kami. En. Ian Hoban, yang sebelum ini merupakan Pengurus Komersil di Eli Lilly, kini akan memegang peranan sebagai Pengarah Penjualan & Pemasaran. Ian mempunyai hampir 30 tahun pengalaman dalam industri farmaseutikal, menyandang jawatan dalam pelbagai peranan termasuk kepimpinan kanan di Pfizer dan Eli Lilly.

generated by system

Dalam jawatan yang terkini, Ian bertanggungjawab untuk menguruskan pembangunan komersil bagi beberapa jenama terapeutik, bermula dengan pembangunan sehingga ke pelancaran produk dan akhirnya kepada kehilangan keeksklusifan. Ian arif dalam rantaian bekalan farmaseutikal dan memahami bahawa memperoleh penyelesaian yang optimum adalah penting untuk memberikan hasil projek yang berjaya.

Ian tidak asing dalam arena bekalan ujian klinikal. Sebelum menjawat jawatan Pengarah Pembangunan Perniagaan, beliau memegang peranan sebagai perunding di syarikat farmaseutikal utama, membantu membawakan nilai tambahan kepada pelanggan dan rakan kongsi mereka selepas pemerolehan beberapa perniagaan yang pelbagai.

'Jejak langkah komersil kami semakin berkembang. Dengan penubuhan syarikat bersekutu kami; PCS GmbH di Jerman dan peluasan akan datang yang sedang dalam perancangan, kami yakin kami dapat mencapai matlamat kami untuk menyediakan penyelesaian penyumberan pembanding lebih pintar kepada komuniti ujian klinikal. Saya, dan semua ahli lembaga teruja dengan prospek untuk bekerja dengan Ian untuk memanfaatkan peluasan ini dan memaksimumkan jenama Pilatus dalam ruang penyumberan pembanding,' kata Julian Wolfe, Pengarah Komersil di Pilatus Clinical Services.

Ian cenderung untuk berkolaborasi dan telah menyaksikan bagaimana perkongsian perniagaan boleh memberi pandangan strategik. Di Pfizer UK, dalam Unit Perniagaan Produk Mantap, Ian bertanggungjawab dalam pelaksanaan berbagai teknik dan menyaksikan bagaimana mereka mengubah hasil perniagaan dalam ruang yang begitu kompetitif.

Ini ialah perkembangan hebat bagi kumpulan Pilatus, meningkatkan status kami sebagai penyedia perkhidmatan utama dalam penyumberan pembanding bagi ujian-ujian klinikal.

durotimi@pilatuspharma.com 
T: +44 (0) 1923 204310 

Source: Pilatus Clinical Services Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements